Orang lain dah lama update, ibu saja belum update gambar raya. Raya kami biasa-biasa saja. Syawal tahun ini kami beraya bersama keluarga sebelah ayah. Ada beberapa perkara yang diluar kebiasaan ibu, tapi abaikan sahaja kerana ini pertama kali beraya bersama mereka.
Kami bertolak ke Kg. Melayu Majidi selepas ayah selesai solat sunat hari raya. Ibu dan Aisyah sempat makan nasi impit bersama rendang dan lodeh. Perut sudah kenyang, kemas apa yang patut, barulah kami berangkat. Ala..30 minit perjalanan sahaja.
Aisyah yang berbaju kurung, sempat cilok kunci rumah dan berusaha untuk membuka grill.
Kami mula beraya petang rasanya. Waktu ini Aisyah sudah kepenatan dan sedang enak tidur. Angkut saja. Rumah Pak Ngah berdekatan sahaja. Malas ambil gambar. Layanan pun ntah apa-apa rasa nya. Dia kusyuk tengak televisyen cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Semasa bersalaman mahu pulang, sempat pula mendengar perlian dan kutukan dari mulutnya. No komen. Hari raya kan hari untuk kita bermaafan.
Mahu bergerak ke Pasak
Dah sampai.. Tolong jangan langgar kereta ini kalau nampak di jalan raya OK!
Malas nak bergambar..tapi layan jela ayah ni..
Ayah yang turun 3kg semasa bulan puasa
Sudah mula menggedikss..
Di rumah orang, Aisyah sememangnya tidak pandai duduk diam. Ada sahaja kerjanya. Dan dia berjalan semahu-mahunya ke sana ke mari tanpa rasa malu. Apa dia tahu kan?? Dan sudah pasti ada suara sumbang yang mengarahkan ibu itu ini..anak tu anak ini.. Diam dan ikut saja.
Aisyah tersenyum riang
Dari kiri, mak mertua, adik ipar yang bongsu, anak adik ipar (baju hijau), adik ipar, ibu dan Aisyah.
Gambar terakhir sebelum berangkat pulang.
Nota Kaki : Ini saja gambar di bulan Syawal. 1 Syawal sahaja. Yang lain malas nak snap.
2 Ulasan
comelnye aishah pki baju kurung.. ;)
BalasPadamtime kacih auntie..ekekek ~kata aisyah
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.