Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Cirit Birit dan Susu

Assalamualaikum

Kisah Cirit Birit dan Susu | Cik Aisyah diserang cirit birit setelah kebah demam. Persamaan dengan en.suami. Baik demam, cirit-birit pula. Saya? Terpaksa menjaga 2 orang bayi tiba-tiba. Seorang mahu susu, seorang yang dah berstatus ayah pula datang mengada-ngadanya, mahukan itu ini juga.

Sebelum Aisyah dibawa ke klinik, saya sudah bersiap sedia membeli setin kecil susu formula tanpa laktosa. Puas juga membelek satu-satu tin susu formula di kedai sensei tersebut. Akhirnya, jumpa susu formula Isomil tanpa laktosa dan berasaskan soya sememangnya untuk bayi yang mengalami cirit-birit. Opss..tengok harga, RM34.++. Eh, baru perasan susu naik harga. Belek tin kecil Similac, juga begitu. Rasanya semasa Aisyah cirit-birit dulu [Klik sini untuk membaca], harganya RM24.++. Susu dumex mamex ada juga, pun berasaskan soya.

Pulang ke rumah, hanya sempat membancuh sebotol susu tersebut dan Aisyah hanya minum suku. Itu pun sebab dia tidak perasan barangkali kelainan rasa susunya. Gelagatnya agak mencuit hati. Minum susu seperti biasa kemudian berhenti seketika. Siap tengok botol susu sendiri, kemudian minum lagi dan akhirnya dicampak botol susu ke bawah, Huh...dia menjerit..nanak!! Ibu ambil botol susu yang dibuang, merasa sedikit. Huhuhu...yekkkk...patut dia tak mahu. Melayang 34 hengget ...T___T


Inilah susunya

Terpaksa juga bawa Aisyah ke klinik. Bergegas malam itu ke klinik dan giliran Aisyah dipanggil, hampir jam 10 malam. Dengan gelagat Aisyah yang tidak betah duduk diam di klinik. Mahu main jongkang jongket, naik gelongsor, menjelajah ke sana sini, pantang nampak bilik yang terbuka dan pastinya bilik air juga!

Nampak pula peti ais yang penuh dengan air kotak.

"Ma..ma..nak..nak.." sambil jari kecilnya menunjuk ke arah air kotak.


Sesi bersama Puan Doktor, seperti yang saya jangkakan, doktor mengesyorkan susu Isomil tersebut. Pantas ibu menceritakan perihal Aisyah yang tidak lalu dengan susu berasaskan soya. Doktor termenung seketika, dan dia pencadangkan susu formula Pediasure. Tin berwarna ungu.

"Susu ini bagus untuk bayi, kana-kanak yang baru lepas baik sakit, demam. Tapi, biasanya lepas dia dah minum susu ni, dia tak nak susu lain dah sebab susu ni nutrition complete. Lagi dia tak nak makan lepas ni"

Punca utama cirit-birit ialah terdapanya virus bergelar rotavirus yang menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terud tanpa menyerap sebarang nutrien. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pasa suatu masa sebelum usia lima tahun. 
Cirit-birit dikalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi atau yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.
Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit kerana mikro-organisme yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cuci tangan selama 15 saat dengan sabun anti bakteria. Susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.


Esoknya, menunggu kedai sensei buka, sempat memasak untuk tengahri serta bermacam-macam menu untuk Aisyah. Susu formula pediasure berwarna ungu, setin kecil, 400gm, RM38. Harapan menggunung dan doa setinggi langit ibu panjatkan agar Aisyah minum susu tersebut. Alhamdulillah, Aisyah minum. Dan dia sudah tidak cirit-birit lagi. Malah ibu gembira kerana selera makannya semakin berganda-ganda.





Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. kesian dia x dpt minum susu badan smpi 2 tahun

    BalasPadam
  2. Pediasure sesuai utk bayi 8bln keatas ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pediasure utk 1-10 tahun sis.

      Padam
  3. sis, let say anak saya alah kepada laktosa, boleh bagi ke pediasure.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis...pediasure mmg susu lactose free.ank sy pin rsanya mcm kena cuba susu free lactose..sb bila mnm susu lembu yg biasa dia cirit dan melecet...sblm ni try isomil soya tu mmg bgus...tpi susu tu xleh amal lama2... Sb dia xbntu brt bdn

      Padam
  4. susu dupro soy 0-12 bln blh mmbntu berat x

    BalasPadam
  5. anak saya alahan pada protein susu lembu, sblm umur dia setahun doktoe suggest dia mnum susu mamex pepti. susu ni susah nak cari. bla umo setahun tpksa tukar pada susu lain sbb susu tu hnya sampai umur setahun jer. skrg minum susu isomil plus tanpa laktosa. susu ni x ok ke puan dan predisure sesuai ke utk anak alahan protein susu lembu mcm anak saya. sekadar bertnya. ^_^

    BalasPadam
  6. nak tahu.ank sya sjak minum susu dupro soya dia stop crit berit.tapi gatal.skrg pula dia tak berak tak kentut pula.risau.nak tukar susu apa yang sesuai.sbb ank sya alhan susu lmbu.umr nak msk 4bln.bolah ke sya tukarkan susu soya ke susu lembu semula?

    BalasPadam
  7. Nak tahu juga ni.ank saya alami cirit birit juga.Anak saya tak boleh minum susu yang ada laktosa.jadi sebelum ni ada bawa jumpa doktor,dia sugestion susu Novalac tanpa laktosa.setakat ni ok,cuma susu to tak boleh minum seterus,memang khas untuk 2 minggu sahaja.untuk meredakan cirit birit.boleh ke saya cuba pediasure ni untuk anak saya berumur 1 tahun lebih.Pening dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nk tanya novalac dgn novamil sama ke

      Padam
    2. doktor suggest pediasure juga.

      Padam
    3. novalac dan novamil tak sama. novalac untuk bayi sembelit.

      Padam
  8. Bole suggestkn x susu apa sesuai utk bby 7bln.
    Msuk ni da ari k4 cirit birit😥
    Skrg ni guna susu anmum dr lahir

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa kalau cirit perlu kurangkan kuantiti susu tu. kalau tak ok, better bawa pergi jumpa doktor. sebab 7 bulan dah makan.

      Padam
  9. hii.. boleh tak nk tahu. saya baru dapay bby first skrg baru masuk 4bulan . dari smlm kena cirit. tak tahu ape punca. dah nk masuk 25kli dah berak. kesian tgk dia. bawk pegi klinik dapat ubt sapu okay dh skit bontot dia. tak melecet. susu ape ye yg elok untuk dia ? ada yg suggest isomil similac tanpa lactosa ni untuk cirit birit. okay ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa kalau bayi cirit, doktor suggest susu tanpa laktosa. maaf artikel ini dikarang tahun 2013. sekarang ni tahun 2022 mungkin ada pelbagai pembaharuan jenis susu. saya pun kurang pasti.

      Padam
  10. Nak tye klau minum susu pedia sure ni ank berak hijo ke plzz explain..sbb ank bru baik cirit birit alhamdulillah ok minum susu ni .tp berak hijo

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code