Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Realiti kehidupan yang sukar dijangkau..~


Hati tiba-tiba terpanggil untuk mencoret rasa setelah membaca entri [Klik SINI]. Kisah sebuah novel dan kemudian didramakan iaitu Bunga-bunga kemboja. Drama ini dapat ditonton si slot Bidadari jam 11.30 dari isnin hingga khamis di TV1.

Itu kisah yang begitu. Bagaimana pula kisah yang berbeza? Lambakan novel di pasaran hingga tidak tahu mahu memilih yang mana satu. Tetapi, novel itu adalah lakaran hidup di dunia realiti. Jalan cerita yang berbeza bagi setiap manusia di atas muka bumi ini.

Bagaimana pula rasa hati seorang isteri yang 'terpaksa' mentaati suaminya. Dituruti segala kehendak suami meskipun hatinya lara.

Apakah yang berada di fikiran suami itu, setelah isterinya dengan rela hati bekerja untuk membantunya. Duit gaji, tidak kisah dikongsi hingga ibu bapanya sendiri dia terpaksa abaikan, yang utama baginya adalah keperluan keluarga dan anak-anaknya.

Bagaimana pula duit gaji si suami? Sekadar ,membayar pinjaman itu ini (pinjaman perumahan dan kenderaan). Malah isteri juga perlu membayar pinjamannya (kenderaan, servis kenderaan, insurans kenderaaan dan PTPTN). Isteri sanggup mengeluarkan wang belanja dapur, susu anak, keperluan anak dan keperluan rumah tanpa banyak bicara. Hingga kehendak diri terpaksa ditahan dan diabaikan. Andai si suami yang mengeluarkan pembelanjaan sudah pasti ayatnya.."kita share". Tapi, duit rokok hari-hari boleh pula dia keluarkan tanpa banyak bicara. Alangkah indahnya jika duit rokok itu disimpan atau dibelikan sesuatu buat isterinya?


Adakah dia ambil peduli sama ada  isterinya makan atau tidak? Dia tidak makan pun tidak mengapa kerana rokok yang utama.

Suami pula sering sakit kepala memikirkan keluarganya (ibu, bapa dan adik beradik lain).

Risau benar dia jika si anu tidak dapat ke tempat kerja. Risau benar jika ibunya tidak ada tempat bergantung. Isteri tidak kisah dengan itu semua selagi suami tidak mengabaikan perasaan dan keperluan mereka anak beranak. Tetapi, adakah suami sedar yang dia sudah mula mengabaikan tanggungjawabnya? Duit belanja tidak pernah diberi, membelikan sesuatu buat isteri, jauh sekali. Isteri berkorban duit belanjanya untuk membeli susu anak, bil ke klinik anak (kalau perlu andai anak demam), dan membeli barang dapur (lauk basah dan kering). Hingga kadang kala ketika hujung bulan, isteri hanya makan nasi putih bersama kicap dan telur goreng. Kadang kala hanya mi segera kerana peti sejuk sudah tiada isinya.

Suami pula awal-awal duit sudah habis. Entah kemana. Hilang keberkatan barangkali kerana seing mengabaikan tanggungjawabnya kepada yang Esa. Terlalu bermurah hati dengan keluarganya sendiri. Itu ini, tidak kisah. Tetapi bila duit sudah kering, pening kepala, isteri pula yang terpaksa mendengar rungutannya.

Isteri juga pening kepala untuk menyatu pembelanjaan harian. Pada suami, dia sahaja yang pening kepala memikirkan itu ini. Isteri juga banyak perkara harus difikirkan, malah banyak perkara yang dia lakukan dalam satu masa. Pulang dari tempat kerja, sudah pasti tugas di rumah banyak yang menanti.

Suami pula pulang ke rumah lebih enak menonton televisyen dari membantu meringankan beban isteri. Pada dia, dia bekerja berat, isterinya hanya bekerja di pejabat. Aduhai.. Terkulat-kulat isteri, tidak menang tangan melakukan itu ini. Diselang perlu menjaga anak kecil yang kadang kala diluar kawalan kerana tahap kelajuaan dia melangkah dan mencapai. Eh, tiba-tiba ada di belakaang kita. Eh, tiba-tiba sedang bermain sendiri. Dan tiba-tiba sudah berada di tempat parkir kereta gara-gara kelalaian suami mengunci pintu grill. Isteri juga dipersalahkan.


Kisah ini pasti berlaku di mana-mana. Mungkin pada anda yang membaca.

Suami, fahamilah isteri anda kerana isteri bukannya robot, dikerah tenaganya 24jam.

Hanya kerana anda (suami) berfikir anda telah membayar mahar yang mahal, adakah anda sanggup memperlakukan orang yang anda nikahi begitu? Tetapi, cuba anda congak nilai mahar yang telah anda keluarkan itu dengan berapa hari anda akan bersamanya.

Anda (suami) mencarinya (isteri) tatkala anda mahukannya. Tidak pernahkah dia terfikir yang isterinya penat (melakukan tugas seharian) malah perlu membereskan tugas di rumah pula.

Anda tidak pernah cuba untuk memahami isteri anda (tidak mahu ambil tahu) sedangkan isteri pula perlu memahami anda.

Anda sering menyuruh isteri anda memasak di rumah kerana lebih jimat, tetapi anda tidak mahu membantunya di dapur, hatta memotong sayur. Isteri yang kelelahan pulang dari tempat kerja, tidak sempat duduk barang seminit, terus bergegas ke dapur untuk menyediakan juadah.



Nota Kaki : Dari mata ini, melihat sekeliling alam..

Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code