Masih bercerita tentang raya. Dek teruja untuk memasak lauk raya, ibu minta ayah beli daging 2kg untuk dijadikan rendang. Menghafal segala resepi untuk menjayakan misi memasak menu raya. Eh..semangat tau..bak entri sebelum ini. [Klik Sini].
Ibu teruja untuk memasak segala juadah hari raya kerana tiba-tiba teringat amalan di kampung yang mengunjung lauk pauk hari raya kepada jiran-jiran. Setiap jiran diberi sedikit bungkusan untuk dijamah. Oleh itu, ibu cuba untuk menghidupkan amalan itu di taman perumahan ibu. Tetapi, seakan sia-sia usaha itu. Bukan balasan yang ibu mahukan, cukuplah sekadar mengenali jiran-jiran yang sememangnya tidak kenal ini. Sukar mahu berbuat baik, bukan...
Usai memasak segala juadah berbuka, jam sudah menunjukkan jam 6 petang. Agak penat juga sebab ibu bekerja setengah hari di hari terakhir puasa itu. Ntah apa rasa juadah tersebut, ibu juga tidak tahu tapi ibu percaya berkat keikhlasan ibu, juadah pasti sempurna. Ye..juadah raya ini memang sedap di tekak ibu dan ayah.
Selepas solat maghrib, ibu terburu-buru ke dapur semula untuk membungkus beberapa bungkusan untuk diagihkan kepada jiran-jiran. Ish..teringat zaman anak dara dulu, sering membantu emak membungkus juadah untuk diberikan kepada jiran-jiran terdekat. Kemudian, jiran pula akan beri kepada kami.
Tetapi, amalan ini seakan sudah luput. Lebih-lebih lagi kehidupan di bandar yang rata-rata pulang awal ke kampung. Mana yang belum pulang ke kampung, sempat juga ibu titipkan sedikit bekalan yang ibu masak dengan gigih. Tentu sahaja mereka terkejut dengan kunjungan kami. Mana tidaknya, hidup di bandar, di rumah teres pula tu.
Mungkin orang-orang sekarang sudah tidak mengamalkan 'ngunjung'. Masing-masing lebih suka masak bersama sanak saudara beramai-ramai dan menghabiskan masa bersama saudara mara mereka sahaja.
Contoh terdekat hanyalah jiran sebelah rumahku. Sepanjang bulan puasa agak sukar melihat batang hidung mereka. Kalau tidak jejak 10 malam, mereka tidak pulang ke rumah. Mungkin sebab rumah keluarga mereka dekat, jadi pulang dari tempat kerja, mereka terus ke rumah keluarga mereka untuk berbuka. Usai Isyak dan terawih baru mereka pulang. Hinggalah hari raya, memang agak sukar untuk melihat mereka. Kalau ada pun pulang ke rumah hanya sekejap-sekejap mungkin sekadar memeriksa rumah mereka. Tidak sempat bertegur sapa. Mereka lebih gemar terburu-buru keluar.
Sekarang rumah mereka sudah pasang penghawa dingin. Bertambahlah tidak kelihatan kerana rumah hanya bertutup rapat. Yelah, pasang penghawa dingin, tak kan nak buka pintu pula. Ye dak?
Ibu hairan dengan orang zaman sekarang ini. Jika tidak kenal, tidak disapa. Walhal rumah hanya sepelaung. Mungkin kawasan perumahan ibu kebanyakannya dihuni oleh warga-warga muda yang kebanyakkannya baru setahun 2 berkahwin, seperti ibu. Jadi, mereka lebih gemar ke rumah ibu bapa mereka. Jarang memasak di rumah, hanya terperap di rumah dan sesekali sahaja kelihatan sekiranya menjemur pakaian di luar rumah.
Rendang yang hampir kering..
Nota Kaki : Teringat suasana kampung...
4 Ulasan
assalam..selamat hari raya
BalasPadamselamat hari raya..
BalasPadamrumah nory dekat ngan rumah mak jugak, memang sepanjang puasa selalu berbuka rumah mak, lgpon jiran sebelah rumah bukan orang lain pon, mak sedara nory jugak...mmg selalu kitorang bertukar2 makanan...hehehe...ooo orang jawa panggil amalan "ngunjung" yer? heee
BalasPadamselamat hari raya dear..sy pertama kali beraya dgn keluarga jawa..sbb mak mertu org jawa
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.