Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Hati Seorang Ibu ~ Kesabaran


Sejak Aisyah keluar dari wad, Aisyah semakin manja dengan ibu. Ke mana-mana ibu pergi, dia ikut kecuali ke dalam bilik air. Dia tahu ibu akan keluar nanti dan dia menanti ibu di bibir tilam (bilik air di bilik utama). Hatta dengan ayah pun dia tidak mahu jika ibu ada bersama. Aisyah mahu ibu, Aisyah mahu bersama ibu.


Ketika ibu solat, dia berdiri di hadapan ibu dan senyum-senyum. Kemudian, pegang ibu di sisi.


Ketika ibu memasak, dia ada bersama duduk di lantai dan kadang kala merengek mahu didukung kerana mahu melihat apa yang ibu masak. Ada kalanya dia meniup senduk panas untuk ibu apabila ibu cuba merasa masakan yang sedang ibu masak.


Ketika ibu buat sepah (kerana memasak), dia cepat-cepat ambil penyapu dan menyapu meskipun entah apa yang disapunya.


Ketika ibu duduk di sofa sambil menonton televisyen, dia memanjat naik ke pangkuan ibu dan menonton sama.


Ketika ibu makan, dia turut mahu disuapkan sambil ternganga-nganga dan berkata.."nak..nak.."


Ketika ibu berbaring di tilam untuk melepaskan lelah, dia datang dan turut berbaring di sebelah ibu dan tersenyum manis membuatkan ibu sering teringat akan wajah comel itu.


Ketika ibu duduk di tilam sambil meregangkan badan, dia memicit lembut badan ibu walaupun hanya seketika.


Ketika ibu meninggalkannya untuk ke tempat kerja, dia melambai hingga hilang pandangan kereta.





Kisah semalam

Terkebil-kebil matanya memandang ibu yang sedang meradang. Dia diam dan tidak menangis. Hanya memerhati laku ibu yang tidak memperdulikannya.

Ibu marah dia kerana dia membaling telefon bimbit ibu ke bawah meja dapur. Suka benar membaling itu ini sesuka hati. Ibu buat endah dan terus membasuh pinggan mangkuk di sinki.

Ibu jeling perilakunya. Dia mencangkung berdekatan bawah meja. Botol minyak masak ditolak sedikit dengan tangan comelnya. Kemudian, dia mengambil telefon bimbit ibu yang terpelosok di hujung dinding.

Dia bangun dan memberikan pada ibu. Ibu ucap "terima kasih" dan mengucup pipinya laju-laju.




Ibu rindu pada kamu, Aisyah Humaira..

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. kasih ibu sampai ke syurga..
    tak putus kasih ibu ngan anak ni..

    BalasPadam
  2. betul tu kak alona..marah2 sayang gitu..

    BalasPadam
  3. bestnya bergelar ibu kan...
    tak sabar nak lalui sendiri kehidupan sebagai seorang ibu...
    insyaALLAH..

    BalasPadam
  4. Percaya tak? Kadang2 kalau kite marah dengan orang lain, memang akan rasa geram, stress, dendam dan macam2 perasaan yang negatif.

    Tapi bila jadi ibu, perasaan marah pada anak tu cuma sekejap saja. Pastu terus sayang dan cinta seperti selalunya.

    Hebat sungguh perasan ini, kan Mar?

    BalasPadam
  5. @Nory ..sabar yek pejam pejak celik dah kluar baby nnti

    @Uni_Haz ..percaya sangat sbb ank kunci kekuatan kita

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code