Kalau kita lihat secara kasar, 20 sen itu memang kecil nilainya. Tapi, walau sekecil mana nilai wang itu, itu adalah rezeki. Walaupun 20 sen, ia amat bernilai di saat kita tercungap-cungap mencari duit lagi-lagi bila sudah hujung bulan. 20 sen boleh dapat gula-gula. 20 sen boleh dapat coklat. Mungkin kerana 20 sen itu juga, kita dapat beli sesuatu yang amat berharga.
Rata-rata bila bukak muka buku, twitter, blog, semua bercerita mengenai isu kenaikan minyak. Ada yang marah, ada yang redha, ada yang menyepi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Minyak satu keperluan. Kalau takde minyak, kereta tidak mampu bergerak. Kita tidak mampu ke tempat kerja. Tahu sajalah, di Malaysia mana ada kemudahan awam yang bersepah-sepah. Mungkin ada tapi di kawasan maju seperti Key El tu. Itu pun bersesak-sesak maca sardin dalam tin! Tempat lain? Mana ada bas awam masuk sampai depan kilang. Mana ada bas berhenti depan rumah. Orang berjalan kaki juga boleh dikira dengan jari, itu pun jari kanan tak abis nak kira. Bahaya, memang bahaya berjalan seorang diri.
Mereka berani menaikkan harga minyak kerana dia tahu, kita semua memerlukannya. Mahal macam mana pun kita akan beli juga. Dah terpaksa sebab kita perlukannya. Nampak tak? Nampak tak?
Kita seakan ditindas dalam diam. Mereka sedar tak, kita ini bekerja makan gaji, setahun sekali baharulah gaji naik. Itu pun belum tentu cecah angka 100 setiap kali kenaikan. Kemudian, mereka kata, mereka prihatin dengan nasib rakyat. Mereka bagi BR1M, tapi untuk isi rumah yang bergaji bawah RM3000 sahaja. Bijak kan mereka? Bijak! Sebab mereka dah kaji berapa ramai rakyat yang bergaji bawah 3K. Kami, tak dapat lah. Dicampurkan gaji berdua, lebih 3K tapi bukan lebih banyak pun. Tetap cukup makan, pakai cuma tidak mewah.
Mereka kata mereka mendahulukan rakyat. Yeke? Tapi mereka berkereta besar ke sana ke mari. Mereka punya rumah mewah yang berkolam renang sebesar padang bola. Mereka ke sana ke mari dengan helikopter. Mereka guna duit siapa ye? Eh?? Elaun mereka lah!!.. Elaun pun sudah lebih dari gaji sebulan rakyat berpendapatan rendah. Celah mana dahulukan rakyat tu?
Mereka kata pencapaian diutamakan. Memang dah tercapai lah tu. Sana sini rakyat diwar-warkan dengan penggunaan internet, telefon bimbit 3G, komputer riba. Semua itu mengundang padah. Semua berpaling kepada keseronokan maya berbanding manusia di depan mata. Orang yang jauh beribu batu di hai hai.. orang yang di sebelah, bye bye..ahh tak kenal walhal sesama muslim. Manusia zaman sekarang..
Sebelum ibu merepek lebih jauh..lebih baik berhenti di sini dahulu..
Ok sambung kerja!!!
Nota Kaki : Tak sokong "Barang Naik"!!!
2 Ulasan
Nak tak nak terpaksa terima Mar, kena cari APA yg hdk dipotong perbelanjaan harian utk 20 Sen tu ;)
BalasPadamye betul tu kak..terpaksa jimat tang lain utk isi minyak kete nih..huhu
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.