Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ketam Masak Cili Telur Asin Versi Campak-campak

Assalamualaikum 

Ketam Masak Cili Telur Asin Versi Campak-campak | Kebetulan semalam pengasuh ada beri sedikit ketam yang dijala oleh suaminya (Bapak Aisyah). Hidup lagi ketam-ketam itu masa dia bagi. Takut juga kalau ketam tu melompat dan merangkak di dalam kereta. Tapi, pengasuh ikat plastik tu kuatlah.

Resepi kali ni diinspirasikan oleh blogger Syazwana Jamal. Terima kasih la kongsi resepi, takde la pening memikir nak masak apa.


Ketam Masak Cili Telur Asin

Bahan-bahan :

- Ketam (5 ekor bersaiz sedang) ~ tapi ketam ibu kecil-kecil, balun semua (lebih 10 ekor).
- Sebiji bawang besar *
- 3 ulas bawang putih *
- Seinci halia *
- Sebatang serai ~ diketuk
- Sos Cili - 2 sudu besar
- Sos Tomato - 1 sudu besar
- Sos Tiram - 1 sudu besar
- 2 biji telur asin


Cara penyediaan :

- Basuh ketam bersih-bersih dan masukkan dalam periuk. Biarkan.
- Kisar bahan-bahan (*)
- Tumis serai dan hirisan bawang hingga naik bau
- Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram.
- Masak hingga mendidih. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
- Akhir sekali masukkan telur asin (tidak perlu direbus). Gaul. 
- Setelah kuah masak, masukkan kuah ke dalam periuk yang berisi ketam.
- Masak di atas api yang sederhan hingga masak.








Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. kakain suka mkn ketam..tapi nk kopeknye tu..alahai malasnya..ini org pun adakann..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. walaupun sheila jarang dapat makan ketam kerana suami tak suka makan. tapi resepi ni buat sheila telan air liur ohhhhhhh :)

    BalasPadam
  3. nory suka ketam masak lemak cili api....lagi2 yang mak masakkan..perghhh sedapppnya...

    BalasPadam
  4. ketam sedap la..suka2 tp badan kluar bintat2..T__T..

    BalasPadam
  5. salam, pcl singgah dari blog sheila...ada ketam masak cii pulak..emmm sodapnyer !!
    ~ www.nazlee.com

    BalasPadam
  6. Macam best ja.
    Dah lama tak boleh makan ketam.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code