Asyik lupa nak cerita. Asyik lupa nak upload gambar. Bukan apa, masa tidak mengizinkan. Dan perasaan malas pun ada sebab sambutan tidak semeriah yang diharapkan. Sekadar jamuan makan-makan. Ketidaktepatan masa dan perancangan yang ke laut!
Ibu (QA/QC Dept) dan Adibah (Sales Dept)
Gambar hampir semua staff yang berada di lobi
Budak 2 orang yang tersengih tu budak praktikal dept kami
Operator yang beratur amik makanan
Menu untuk hari itu adalah nasi beriani berlauk ayam panggang bersama kuah black pepper yang sedap hingga menjilat tulang ayam. Lauk lain seperti biasa, kambing, acar dan dalca. Menu sampingan hanya ada buah dan sedikit kuih muih yang tidak cukup untuk kami jamah. Hanya tinggal bekas kosong. Sedeyyy..
Kami (staff) hanya dapat makan nasi beriani dan lauk pauknya sahaja itu pun hanya sekali. Untuk makan berkali-kali tu memang tak akan dapat. Tiada acara yang menyeronokkan seperti sambutan hari raya tahun-tahun lepas. Sungguh sangat kecewa!!
Nota Kaki : Terpaksa menelan pahit maung di sini selagi ada nafsu untuk terus bekerja..
2 Ulasan
opis nory lgsung takde jamuan raya...sebab nory sorang je staff kat sini...hehehe..
BalasPadamwah sorg jek..amat seronok..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.