Kisah awal pagi ini sewaktu ibu memandu ke tempat kerja seperti biasa. Melalui persimpangan 4 berlampu trafik, membontoti setiap kereta yang menjalar. Menanti penuh sabar setiap kali lampu merah menyala.
Lampu hijau menyala dan terus laju-laju tekan minyak tetapi terpaksa bergerak perlahan gara-gara kereta Grand Livina berwarna kelabu di hadapan bergerak sangat perlahan seperti siput. Di simpang susur itu berlaku kemalangan. Ibu hanya nampak motor yang tersadai di bahu jalan dan serpihan kaca yang bertaburan. Ibu sedang memandu, jadi hanya melihat sekali imbas sahaja dan pemanduan harus di teruskan bagi mengelakkan kecelakaan lain pula. Lagi pula lampu trafik berwarna hijau. Cepat, cepat!
Orang yang berada di dalam kereta Grand Livina yang perlahan itu sedang kusyuk menangkap gambar dan video barangkali. Mana tidaknya, wartawan amal jariah kata kan. Mahu upload di fesbuk, di twitter, di keek, di you tube dan mahu menghantar berita kepada TV3 kot!
Ibu yang berada di belakangnya bertambah lapar tiba-tiba kerana belum bersarapan dan melihat perbuatan empunya kereta Grand Livina Kelabu tersebut yang tidak berhemah.
"Hoi..lampu hijau tu..cepat la..kang merah pulak!!" ~ Eh, ingat jalan tu ko sorang yang punya??
Telahan ibu memang benar. Lampu bertukar kuning sewaktu ibu melintasi lampu trafik. Kalau ibu sedang memandu lori, dah lama kena sondol kereta tu. Di kala kereta boleh lepas 3 biji, gara-gara Grand Livina kelabu yang tidak berhemah itu, hanya kereta ibu yang dapat melepasinya.
Kalaulah lampu trafik yang hijau bertukar merah sewaktu dia terhegeh-hegeh itu, pasti ibu ketuk cermin keretanya dan berkata.
"Kalau rasa nak tolong, berhentilah tepi jalan tu. Tolong apa yang patut. Kalau setakat nak ambil gambar, video sebab nak upload kat blog, fesbuk, twitter, keek, you tube tu pun patut berhenti tepi jalan gak. Leh amik gambar tu puas-puas lepas tu tukar lah profesion tu..wartawan. Masalah ko nih bawak pelan masa traffic light hijau! Tak pernah lagi rakyat Malaysia yang bawak slow masa lampu hijau, tau tak.."
Nota Kaki : Mood marah dengan Grand Livina Kelabu siput sedut tuh...
1 Ulasan
kene sabarkan..tapi kadang2 hilang sabar jugak dibuatnya..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.