Follower blog entah apa-apa ni memang sikit. Sedia maklum sangat-sangat. Lagipun blog ni untuk suka-suka. Tidak pandai berblogging sangat dan lebih mengutamakan tugas sebagai pekerja yang berhemah dan surirumah yang taat setia. Hakkktui.. Tapi bila tengok page ni..aikksss follower makin berkurangan.
Maaf ye kalau ada entri dalam blog ibu ini yang membuatkan sahabat berkecil hati dan mungkin komen ibu yang ibu tak perasan membuat orang berkecil hati. Tapi, rasanya komen ibu baik-baik je.
Ibu memang jarang update blog. Kadang kala idea tidak datang dan ibu tidak gemar menulis bukan-bukan sangat sebab blog ibu ini bukan diari yang perlu terlalu berbahasa pasar. Ibu bangga dengan bahasa melayu aka bahasa malaysia. Melainkan tulis mesej gunalah bahasa ringkas.
Ibu rajin BW blog-blog yang ibu join dan sangat gemar mengklik tabung-tabung mereka bila ada masa lapang. Jikalau kerja menimbun, jangankan blog, wassup, fesbuk pon tidak terlayan.
Tidak terfikir tentang balasan dan niat hanya berkawan di alam maya. Ada sesetengah blogger memperlekahkan blogger yang baru setahun jagung yang bilangan follower sekecil blog ibu. Al maklum sahajalah blog mereka jadi tumpuan dan buruan pengomen. Ada juga blogger mempertikaikan komen yang hanya sepatah dua ayatnya dan menyampaikan kepada semua dari persepsi mereka yang pengomen sebegitu hanya mahukan balasan. Pada ibu, mungkin tidak. Kalau yang mengomen sudah mencecah lebih 50 orang, orang yang kemudian tidak tahu mengomen apa dah. Dan kalau mahu mengomen panjang lebar, baiklah buat entri dan publish di blog sendiri.
Mekanisme yang mudah adalah fesbuk, instagram yang boleh dipublish kurang dari 1 minit pun ibu kurang gemar dengan laman-laman sosial begini. Melekakan dan terlalu menonjol dan kadang kala rasa serabut. Setiap minit ada sahaja perkara baru dipublish. Cuma sahaja korang tengok jam setiap kali korang berfesbuk/ berinstagram/ apa-apa sahaja lah.
Istilah melekakan itu...sekejap sahaja dah 10 minit berlalu, kemudian terpandang pula entri baru dan mula tertarik untuk mengomen dan semakin rancak mengomen hingga lupa menanak nasi, sedar-sedar perut sudah berbunyi...
Ok lah sekadar berbasa basi..
Nota Kaki : Bekerja di hari sabtu sangat melemahkan...
6 Ulasan
hye hye...salam singgah dari dayat.... dayat join sini... follow back k :)
BalasPadamSalam sabtu.. semoga ceria dihujung minggu bersama keluarga tercinta. :)
BalasPadamhehe...jgn mcm tu...
BalasPadamanggap laa berblog ni ibarat kita ngan jiran2. Bkn tiap2 hari kita gi bertandang umah jiran2 kat ngan umah kita tu, kan..ngee.. Ntah2...setahun sekali pi berhari raya pun tidak. Cuma bersembang2 jika terserempak nak buang sampah kat luar umah....atau teman anak2 bermain di taman berdekatan, hihi...
santai ketika blogging.. selamat berhujung minggu bersama keluarga.. :D
BalasPadamhe3..salam smua..
BalasPadamyup,mar..berblog sekadar suka-suka..tidak mengharapkan balasan semata-mata..;)
BalasPadamdone follow..;)
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.