Semalam (22.11.2013 - Jumaat) adalah hari cuti umum bagi orang yang berkerja di Johor. Bersempena hari kelahiran DYMM Sultan Johor. Hari ini (Sabtu) dan ibu bekerja setengah hari, terkena giliran berkerja. Lagipula sudah hujung bulan, jarang ke mana-mana. Hehe..
Berkesempatan melawat rakan sekerja yang sudah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 17.11.2013. Tahniah Norhaen. Seorang bayi lelaki yang comel seberat 3.4kg dan tahniah sekali lagi kerana dia mampu memberikan susu badan. Alhamdulillah. Bayi comel itu sudah buka mata dan semalam dia pelik barangkali mendengar suara orang yang ramai berbual-bual.
Ibu tidak berkesempatan untuk mengambil gambarnya kerana dia kecil lagi dan masih mencari bau ibunya. Mengempeng. Minum susu dan kemudian berak.
Aisyah pula berkepit dengan ibu dan dia tidak lincah seperti selalu. Mungkin kerana ramai orang yang dia tidak kenali. Dan dengan muka tidak malu, dia asyik mengunyah keropok tuan rumah. Aisyah tidak teruja melihat bayi yang masih berbalut dengan kain bedung itu. Mungkin dia pelik. Dan Aisyah seorang yang kuat cemburu bila ada bayi lain yang ibu kendong. Kalau boleh, dia sahaja yang boleh duduk di riba ibu.
Ini adalah hasil kutipan Seksyen kami, CP - Cathodic Protection. Kutipan berdasarkan keikhlasan hati masing-masing. Sebenarnya kami bercadang mahu menghadiahkan sesuatu yang lain, tetapi ketika pencarian, ibu dan rakan ibu cuma menelefon rakan sekerja yang bersalin itu termasuk suaminya tetapi tidak dapat. Ada bunyi deringan tetapi mati begitu sahaja. Setelah gagal menelefon beberapa kali, yalah kami faham keadaan mereka, inilah hasilnya.
Walaupun kelihatan sedikit, tetapi cukup-cukup dengan bajet. Dan setelah membayar harganya, kami terkejut kerana ada wang lebihan gara-gara tilam bayi yang mungkin ada diskaun. Beza hampir 20 ringgit dari tanda harga yang diletakkan.
Setelah disatukan (lekatkan denga pita pelekat je) bersama duit lebihan, RM1 yang sebanyak 30 keping. Inilah hasilnya. Takde riben bagai. Huhuhu..
Nota Kaki : Semoga mereka gembira dengan hadiah pilihan kami ini..
3 Ulasan
tahniah pd kwan ibu ye..sweet n comel sgt adiah tuhh
BalasPadammemang teruja nak belikan macam2..
BalasPadamTahniah kpd kawan Mar diatas kehadiran cahaya mata.. :)
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.