Kredit En.Gugel
Tajuk entri yang merujuk kepada pengalaman ibu sendiri pagi tadi. Sebuah kereta peronda pulis yang melalui jalan kecil (hari-hari ibu melalui jalan itu untuk ke rumah pengasuh), berselisih dengan kereta ibu gara-gara kereta tersebut tidak mahu mengalah. Ibu sudah melalui jambatan tersebut lebih dahulu, jadi perlulah dia mengalah dengan memberi ruang untuk ibu melepasi jambatan tersebut (jambatan cuma boleh dilalui sebiji kereta dalam satu masa).
Dia meluru laju untuk melalui jambatan tersebut. Berlagak tidak kira tempat. Memandu secara meluru begitu atas dasar apa? Kerja? Mahu mengejar penjenayah? Lampu tidak menyala dan siren juga tidak berbunyi.
Pada ibu, kejadian yang ibu alami ini sepatutnya tidak boleh berlaku. Hanya kerana dia memandu kereta peronda begitu, dia sudah berkuasa besar? Kerana dia memandu kereta peronda, kita sebagai rakyat biasa perlu mendahului dia sedangkan entah-entah mereka hanya mahu pergi bersarapan di kedai mamak. Kemudian, berborak-borak dan berlama-lama di kedai mamak, bercerita tentang itu ini. Kejadian ini pula pernah ibu alami di sebuah kedai makan dan kebetulan jam menunjukkan 9 pagi. Dan ibu pula bersarapan di kedai makan tersebut setelah pemeriksaan kandungan selesai.
Tidak perlu anda mendabik dada dengan kuasa yang telah anda perolehi. Kuasa dan jawatan yang anda sandang adalah satu amanah. Dan kami sebagai rakyat biasa ini, menghormati anda atas dasar anda sanggup memegang amanah tersebut. Sanggup berjuang untuk keamanan dan kesejahteraan negara.
Tetapi jangan sampai anda memperlekahkan sesuatu jenayah kecil, seperti kes mencuri komputer riba. Ibu juga ada pengalaman mengenai ini. Komputer riba ibu dicuri di rumah sewa (semasa bujang 3 tahun lepas kot). Dan mereka tidak datang ke rumah ibu untuk membuat pemeriksaan kerana alasannya dia sibuk dengan kes lain, terpaksa ke mahkamah, jadi mungkin lambat ke rumah ibu. Tidak perlu bercerita panjang mengenai ini sebab sudah tahu, mereka tidak akan datang. Penat je tunggu. Huh..
Dan sering juga tertanya-tanya, apakah status laporan yang ibu buat itu? Tak follow-up? Tipu le tuwwww..
Nota Kaki : Ok..masa untuk bekerja..ada masa BW korang ye..
9 Ulasan
kemain kete polis dia..tercabar yg len tgk heheh
BalasPadamkete pulis camtu..lagi berdesupp..
BalasPadamel mmg x heran ngan kete peronda polis ni...mcm diorg tu hebat sgt..kdg2 tu npk kereta polis peronda..xms nak bg laluan kat diorg..kdg2 tu wat dek je wat sekolah U-turn depan2 diorg hahaha
BalasPadammmg kurang asam betul diorg tu..wat mcm tu kat ibu
banyak pengalaman buruk dgn en polis ye. sabar ye kak
BalasPadamNampak sangat tak prihatin polis tu ye Mar..
BalasPadamMmg x boleh salahkan org lain juga bila ada yg mengelar polis dgn unkapan "Polis Raja di Malaysia".. kdg2 sikap sesetengah mereka tu yg perasan dgn kuasa yg ada..
BalasPadamsbb tu la polis ngan tentera x ngam . tak ramai yg tahu sebenarnya kan !
BalasPadamterima kasih atas pandangan korang..
BalasPadamQaseh Wee..kenapa ye? he3
biasalah tu..ada manusia yang terlalu bangga dgn pangkat sendiri..mungkin polis tu fikir,dengan kuasa yg dia ada,boleh buat sesuka hati..padahal tgk dlm berita,byk juga kes polis yg buat jahat..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.