Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan Malam Di Sini


Cuti sempena Deepavali, kami balik ke kampung tanpa ayah. Ayah menjalankan tanggungjawabnya sebagai perkerja yang sangat berdedikasi. Pulang ke kampung pada hari jumaat petang. Cadangannya mahu gerak selepas adik solat jumaat tetapi hujan yang sangat lebat membantutkan rancangan. Maka kami tunggu hingga hujan reda. Jam 4.30 petang baru kami gerak. Huhuhu..


Makan-makan di [sini] pada hari sabtu malam ahad. Kakak sulung ibu (ibu ada sorang kakak je) belanja kami makan malam. Menu, macam biasa lah. Ikan tu wajib.


Ehsan En. Gugel





Menu adalah Tom Yam Campur, Ikan siakap masak 3 rasa, Ikan siakap masak stim, Sotong goreng tepung, Sayur Kailan ikan masin, Telur dadar dan Nasi Putih.

Air pula, order asing-asing atau sendiri-sendiri. Ibu minum air durian belanda kurang ais sebab cuaca sejuk baru lepas hujan.





Aisyah tidur sejak dalam kereta. Sejuk, memang sedap tidur. Tidur dia tidur mati. Langsung tidak sedar yang dia sudah berada di dalam sebuah restoran yang hiruk pikuk. Aisyah terus tidur di pangkuan ibu tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Kami makan dengan berselera sekali. Cuma tom yam sahaja agak kurang rasanya di tekak kami. Menu lain, ok sangat.

Sudah separuh kami makan dan tiba-tiba Aisyah bangun. Dia terpinga-pinga dan tidak kurang 1 minit dia bingkas bangun dan ketawa. Menegur Nenek dan Auntie Umie nya di hadapan. Terus didudukkan di kerusi bayi. Terkebil-kebil dia melihat makanan penuh 1 meja. Sebelum dia mencapai bukan-bukan, ibu sudah siapkan sepiring nasi berserta lauk. Laju Aisyah mengunyah ikan siakap masak stim. Kuahnya, dia tidak mahu mungkin sebab ada rasa masam-masam.


Buat mereka yang tinggal di sekitar sini pasti sudah tahu lokasi restoran ini. Restoran ini terletak di tepi jalan sahaja. Boleh cari di [SINI].




Nota Kaki : Sesekali makan besar bersama keluarga memang seronok..

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Wah, seronok makan dengan keluarga. Semoga kebahagiaan selalu bersamamu

    BalasPadam
  2. Seronoknya Mar makan reramai ni... menu pun meriah... lagi lah sedapppp :)

    BalasPadam
  3. bestnye keluar makan dengan keluarga ramai2...da lame x hang out dgn family

    BalasPadam
  4. Sesekali berkumpul kan..ni pun tak cukup korum nih..

    BalasPadam
  5. Wah.. seronok dpt berkumpul sekeluarga kluar makan mcm ni.. mmg bertambah2 selera.. :)

    BalasPadam
  6. ibu dkt mane ni?sedap nye air durian belanda..lame xrase..klu kedang xreti buat die pki kordial je..xsdp..nk buah yg pure..baru feel minum..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code