Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Jumaat Yang Bahagia



Aisyah : Aisyah hantar ibu gi kerja ye..Ngengg..ngengg...

Ibu : Dah dah..duduk kat seat awak nih..

Aisyah : Nanak...


Syyhhh...bahagia kenapa ye? Jangan salah anggap dahulu. 

Setiap hari, setiap detik, kebahagian itu hadir tetapi dalam bentuk yang berbeza. Kadang kala kita tidak perasaan akannya. Sentiasalah bersyukur agak kebahagian sering hadir dan kita dapat mengecapinya meskipun berlaku peristiwa pahit hingga kita berkeluh kesah dan merasakan itu bala dan musibah.

Tiada manusia yang tidak akan diuji. Tiada manusia tidak akan dilanda musibah. Setiap hari juga kita akan dengar macam-macam berita sedih seperti kemalangan, pembunuhan, malapetaka, bencana alam. Semua itu musibah tetapi percayalah janji Allah itu pasti. Perbaiki diri, bermuhasabahlah.

Taufah Haiyan yang melanda negara jiran itu contohnya. Kadang kala diri ini terfikir dan berkhayal, saat sedang enak menonton televisyen dan sedang enak menjamu selera, tiba-tiba taufan melanda. Dalam sekelip mata kebahagian di depan mata hilang, diragut taufan sekali lalu. Rumah ranap. Ahli keluarga hilang, ada yang meninggal dunia. Jiran tetangga juga mengalami nasib yang sama. Bukan sahaja jiran tetangga malah 1 bandar ranap. Masya Allah... Dan sedar-sedar sahaja diri ini sudah berada di dalam alam kubur.

Jauh betul khayalan ibu. Siapa yang tidak takut mati? Mati itu pasti. Sudah ditetapkan, tidak akan lewat walau sesaat. Saat mengingati perkara ini, badan terasa seram sejuk. Berpeluh-peluh ketakutan. Sangat takut tatkala terbayang api neraka yang menjulang-julang. Panas berpuluh ribu kali ganda dari panas api di dunia. Ketakutan yang kita sendiri tidak dapat gambarkan.


Mengenai tajuk..KEBAHAGIAAN...sebab bos ibu (HOD - QA Manager yang mejanya di belakang meja ibu yang selalu main game candy crush sampai pening-pening kepala) cuti hari ni! So..heaven..ah sudah lupa diri pulak...astagfirullahalazim..



Nota Kaki : Esok sabtu..saturday off..yippi..



Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. alhamdulillah..moga hari hari lain pun membawa kebahagiaan kepada kita...insyallah

    BalasPadam
  2. salam jumaat sis..moga kebahagian sentisa milik kita amin

    BalasPadam
  3. salam jumaat ibu..wah kemain eh aishah nk belaja bwk kete yee..ckupkn umur ye dulu hehe

    BalasPadam
  4. Salam Jumaat.. semoga kita semua sentiasa berbahagia.. aamiin.. :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code