Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cik Aisyah Ke KK Masai ~ 18 bulan


Dia sudah besar. Seakan kesakitan melahirkanmu baru semalam berlaku. Dia semakin ligat, lihat saja semasa di klinik semalam. Dia satu-satunya bayi yang tidak duduk diam. Satu klinik di pusingnya. Dan ibu terpaksa membontotinya ke mana saja dia pergi.

Oh..dia melangkah keluar pula. Mengusik bayi lain yang sedang bermain dengan abangnya dan dia tergelak riang. Ibu paksa masuk ke dalam perut klinik, dia turuti tetapi seminit cuma. Turun naik kerusi. Dia berjalan pula ke arah bayi lain. Menegur seorang kanak-kanak yang sedang enak mengunyah keropok dengan harapan kanak-kanak itu akan memberinya. Terkebil-kebil kanak-kanak itu dan ingin memberikan keropoknya kepada Aisyah. Aisyah sudah menghulurkan tangan. Ibu malu. "Takpe.." Segera mendukung Aisyah pergi dan menghadiahkan senyuman kepada kanak-kanak tersebut.


Satu pengalaman baru di KK ini. Ibu sampai jam 1.44pm dan segera ke kaunter untuk mengambil nombor giliran. 8090. Tunggu sahajalah hingga di panggil.

Ohhhhhh...terkejut sangat. Nombor sudah bergerak. Tidak seperti sebelum ini, jam 2 petang baru mereka mula bertugas semula. Itu pun baru berlenggang masuk ke klinik. Jam belum pukul 3, Aisyah nombor Aisyah sudah dipanggil. Timbang berat, ukur panjang, jururawat membuat pemeriksaan fizikal dan melihat perkembangan Aisyah, dia tanda-tanda buku merah, semua OK, tiada masalah. Tiada bebelan seperti dulu. Cara bekerja mereka kelihatan profesional dan tiada marah-marah mengalahkan mak tiri. Bagus!

Ke bilik lain pula untuk suntikan imunisasi terakhir (18 bulan). Tunggu seketika dan kami dipanggil. Jururawat yang bertugas sangat mesra. Berbual dengan Aisyah dan Aisyah menyahut ramah. Seakan berbual-bual. Ibu diminta untuk mengepit tangan kanan Aisyah di ketiak kiri ibu kerana Aisyah akan disuntik di lengan kiri. Aisyah sudah mula merengek. Dan dia meraung!

"aaaa...akit....akit...." Sambil tersedu-sedu menangis.

"akit......akit....." Ibu mahu gelak mendengar rintihannya. Ibu sekadar memujuk dengan melekakan dia dengan permainan.





Nota Kaki : Mari bekerja...

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Terus terang cakap, kadang-kadang klinik kerajaan jauh lebih baik dari klinik swasta...dan mereka lebih prihatin, kalau sakit beri perhatian betul-betul, bukan setakat bagi satu dua jenis ubat dan suruh bayar mahal-mahal.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code