Malam ini kami akan berannual dinner. Makanya, hari ini waktu bekerja hingga jam 3 petang sahaja. Apsal lah tak macam annual dinner lepas, kerja setengah hari je.

Tempatnya sama macam yang lepas juga, di Hotel Amansari, Seri Alam. Untuk membaca kisah dinner lepas tu, boleh klik di SINI.


Esok tidak bersiaran.


Cuti CNY ada perancangan keluarga. Bercuti bersama keluarga belah ibu. Sudah nama pun bercuti bersama jadinya, perbelanjaan juga bersama. Abah dan emak ibu adalah peneroka dan mempunya pendapatan tetap. Mereka tidak kedekut untuk mengeluarkan belanja untuk sekeluarga. Dan kami sebagai anak, tidak pernah mengambil kesempatan dan kami juga faham. Pasti ibu sendiri turut akan mengeluarkan belanja.

(Maaf ye emak abah saya bukannya orang takde duit. Nak gi nanti pun kami sekeluarga naik kereta abah tau..)

Bab penginapan, tidaklah menginap di hotel bagai, cuma menginap di rumah kakak ibu. Kali terakhir mengunjungi rumah mereka adalah sewaktu majlis persandingan belah lelaki (abang ipar) pada bulan Januari 2013. Uittt...lama kan? Setahun!!

Ok lah penat membebel. Kejar masa nih. Lain kali jemput singgah lagi ye...




Nota Kaki : Akan up entri step by step..