Hari selasa (15.04.2014) ambil leave sebab demam lagi. Tidaklah teruk sangat tetapi mungkin terlebih telan ubat gara-gara batuk, selsema dan pening kepala terkena air hujan. Sudah dua malam tidak tidur lena kerana batuk-batuk. Terpaksa tidur di sofa di ruang tamu kerana tidak mahu mengganggu ayah dan Aisyah tidur.

Jam menunjukkan 8.40 pagi saat mata ini terkebil-kebil dan mamai lagi. Terasa seolah mata ini bengkak dan muka sembab. Tumbang semula. Tiba-tiba terdengar rengekan si kecil meminta susu.


"Bu, susu...susu.." pelat-pelat.


Terus bangun dan ke dapur untuk membancuh susu. Si kecil sudah berjalan keluar dari bilik dan duduk di sofa berhadapan televisyen. Tidurnya cukup, maka dia tidak merengek atau 'buat perangai'. Terdengar lagi suara kecil itu berkata.


"Bu..Aisyah nak susu.." pelat-pelat.


"Ayah, susu rrrr.." pelat-pelat. Si kecil memanggil ayahnya yang menyambung membuat tahik mata.


"Bu..Aisyah nak susu.."pelat-pelat.


Ibu : Apa? Aisyah nak susu? Ibu buatlah ni.


Sebenarnya ibu cuba mengamati patah-patah perkataan yang Aisyah sampaikan. Sambil membancuh susu, aku tersenyum kerana Aisyah sudah pandai bercakap meskipun masih kuat pelat 'Jerman'nya.

Aisyah sudah memahami apa yang orang sekeliling cuba sampaikan. Setiap apa yang orang lakukan, dia akan buat juga. Dan mulut comel itu menuturkan sepatah-sepatah sahaja perkataan dan kami tahu apa yang diminta.

Contohnya:

Air tumpah - ha..umpah..

Bersepah - epah

Tampal - Ampal

Siap - Yap

Masak - macak

Kartun - Atun


Bila ibu marah dia, dia akan berlari ke ayahnya sambil mengadu.."ayah..bu..bu.." Begitu juga jika dimarahi oleh ayahnya, dia akan berlari kepada ibu pula.."bu..ayah..ayah.."