Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kucing Peliharaan Aisyah


Aisyah sangat menyukai kucing. Jika nampak kucing dia akan menunjuk ke arah kucing itu sambil memanggil-manggilnya. Miaowww...miaowww..

Akan tetapi, ibu tidak pernah membenarkan dia memeluk kucing. Setakat cuit-cuit tu adalah. Nak belai-belai lembut, itu tidak mungkin. Anak sekecil Aisyah tidak akan melakukannya dengan lembut. Bak kata ayah, mati kucing tu Aisyah oi!!

Ibu juga sangat suka kucing. Sangat best bila jari jemari ini dapat mengusap bulu kucing yang lembut. Ditambah pula kucing adalah binatang yang manja. Menggeser-geser dan ada kalanya datang menghampiri kita dan duduk di sebelah kita pula. Uittt..sangat-sangat suka.

Ayah yang berlagak macho tu pun sukakan kucing. Cuma kami tidak membela kucing buat masa sekarang sebab..emm...sebab duduk rumah taman kot. Rumah single storey kami itu tidaklah besar mana. Tapi, niat untuk membela tu memang ada sebab kami suka kucing!!




Ini adalah kucing pertama peliharaan Aisyah. Ibu tidak ingat bilakah Aisyah mula memeliharanya. Kucing ini sangat comel dan sangat geram apabila dia mula berjoget-joget ala-ala gelek inul. Bila kucing ini bergelek, kepala Aisyah juga bergoyang. Tapi itu dulu, kini tidak lagi. Kucing ini bukan kegemaran Aisyah lagi. Kadang-kadang sahaja dia akan minta ibu tekan punat di tangan kucing itu. Sudah bosan barangkali.




Ini pula kucing peliharaan Aisyah yang ke dua dan ibu tidak akan beli lagi. Baru sahaja tinggal bersama kami bermula hari isnin yang lalu. Hari isnin itu, kami ke pasar malam taman rinting untuk mencari makan malam. Ibu pula sibuk mahukan jagung rebus. Memang sedap jagung rebus tu, manis pun iye.

Ketika menunggu apam balik coklet masak si gerai apam balik, Aisyah ternampak seekor kucing berwarna kuning mengiau dan bergerak-gerak. Ekoran kecomelan kucing itu ditambah mengiaunya yang tidak henti-henti, Aisyah yang berada di dukungan ayah meluru mahu turun untuk mendapatkan kucing tersebut.

Argggghhh.. lambat pula apam balik ni masak. Adeiii.. Selesai pembayaran, niat di hati mahu terus cabut tetapi Aisyah mengamuk mahukan kucing sambil tangan kecilnya menunjuk-nunjuk dan melambai ke arah kucing itu. Mengeliat sana sini mahukan juga. Terpaksalah ibu membelinya dengan harga RM10. Erkkkkk..


Malam tadi, bateri kucing kuning dah habis. Aisyah minta ibu buka penutup bateri. Eh guna 3 biji bateri AAA. Stok bateri tiada di rumah. Ibu buat tidak tahu sambil bertanya kepada Aisyah.

Ibu : Aisyah, bagi ibu duit. Ibu beli bateri. Aisyah ada duit tak? ~ Budget anak dah besar cakap camtuh.

Aisyah : Wet..wet.. ~Sambil tunjuk ke arah bilik (Beg tangan ibu le tuuuuw)



-->Si Lempeng Yang Comel




Nota Kaki : Apsal pilih nama lempeng??

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. hahaha igtkan kucing betul td
    tp mmg kiut2 kucing peliharaan aisyah..anak el pun mmg suka kucing..kdg2 tu ntah mn2 anak kucing depa dok bw balik umah huhuhu...siap mandi bagai..risau jugak takut2 ada kutu kucing kan..

    pandainya aisyah tunjuk duit dlm bilik tu hehe

    BalasPadam
  2. Haha.. budak2 mmg suka kucing kan. Anak2 saya pun pantang jumpa kucing, nak kejar dan belai kononnya. Tgk tangan diorang nanti penuh dengan bulu kucing. Saya penah belikan mainan kucing tu.. kejap je dua beradik ni rosakkan..

    BalasPadam
  3. Ini kucing selera makan lain sikit.Kalau letak ikan dekat tepi,ambil bau pun tak mau.
    hehehehhe

    BalasPadam
  4. hahahahahah comelnyer bele kucing ni,,, tak risau kalo kucing tu tak makan.. hehehehe jimat

    BalasPadam
  5. Hehehehe kucingnya lucu banget ya :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kak mar, wahh Aisyah suka kucing. pandainya dia tunjuk beg ibu dia. hehee singgah menabung ford sini~~~

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum kak mar, wahh Aisyah suka kucing. pandainya dia tunjuk beg ibu dia. hehee singgah menabung ford sini~~~

    BalasPadam
  8. bijaknya aisyah.. kucing mainan pun ok juga tu.. :D

    BalasPadam
  9. anak-anak saya pun gitu
    tapi tengok dari jauh aje
    diorang tak berani tengok dekat...hehe
    lagilah kalau kucing tu namk manja-manja
    mau lari tak cukup tanah

    BalasPadam
  10. jadilah kucing ni pun ye aisyah.. tak payah ibu basuh kalau dia berak merata..

    BalasPadam
  11. Comel je kucing ni...at least Aisyah ada kawan kan..mesti happy tengok telatah kucing ni..penghibur..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code