Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Si Lempeng Yang Comel


Langkahnya semakin tidak teratur. Kejap-kejap kakinya terpelecuk. Tapi, dia terus jua melangkah sambil kepalanya terkoleh-koleh mencari arah tuju. Di manakah dia? Terasa tapak kakinya mula sakit. Dari kejauhan kelihatan sebuah kereta bergerak laju. Langkahnya terus terhenti di pinggir jalan.

Perutnya terasa kecut dan dia tertunduk sedikit kerana ketakutan. Tayar kereta melanggar lopak air dan percikan air tepat mengenainya. Dia menutup mata saat percikan air berwarna coklat itu mengenai wajah dah tubuh kecilnya. Kereta itu sudah hilang dari pandangan. Badannya yang sedikit lencun dikibas-kibas. Dia berjalan lagi.

Di hadapan kelihatan banyak sungguh kenderaan. Dia yang takut-takut memanjangkan leher mencari tempat yang selamat. Saat itu tiada seorang manusia pun yang kelihatan. Mungkin kerana hari masih awal pagi. Hentian bas di tepi jalan menjadi pilihannya.

Dia pantas mencari tempat yang sesuai untuk merehatkan diri. Badannya yang basah tadi sudah mulai kering. Sambil duduk, dia menjilat-jilat bulunya yang kotor itu. Lama kelamaan, bulunya yang berwarna kelabu itu kembali segar. Setelah penay membersihkan bulu, dia terus berbaring di bawah tempat duduk di hentian bas itu. Dia mahu melelapkan mata barang seketika. Tetapi, matanya tidak mahu lelap kerana perut sudah mula berkeroncong. Dari semalam dia tidak menjamah makanan.

Saat itu dia terpandang tong sampah di sudut hentian bas. Dia melangkah perlahan. Tong sampah si selongkar. Ada lebihan makanan yang sudah basi dah sudah dihurung lalat. Puas diselongkar, akhirnya dia tercium bau yang amat digemarinya. Ikan goreng. Dia melahap laju. Cukuplah sekadar dapat megisi perut yang kosong.

Sedang asyik dia menjamah hidangan itu, tiba-tiba badannya terasa diangkat. Dia sedikit terkejut dan mahu menyerang makhluk yang mengangkatnya itu. Kukunya yang tajam sudah siap sedia untuk mencakar dan dia mengeliat mahu melarikan diri.

      “Lempeng..”

Dia kaku seketika, tidak jadi menyerang makhluk itu. Dia kenal suara itu. Ya..itu adalah suara tuannya. Lempeng adalah nama pemberian tuannya. Semalam, dia telah diambil oleh seseorang ketika sedang leka bermain di halaman rumah. Kemudian, dia telah ditinggalkan di tepi jalan. Dia tidak tahu kedudukannya ketika itu. Tapi dia sedar, tempat dia dibuang tidak jauh dari rumah tuannya. Sekarang, tuannya telah menjumpai dia kembali. Bulunya diusap lembut.

     “Lempeng..lempeng..jom kita balik. Makan whiskers..”

Bulat matanya mendengar tuannya menyebut whiskers dan hidungnya sudah dapat mencium aroma makanan tersebut. Miowwwwww...

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code