Ibu hanya berdiam diri mendengar bait-bait kata yang keluar dari mulut rakan sekerja. Diam tidak bermakna setuju. Siapa tahu, di dalam hati ini spontan berkata-kata tetapi ibu hanya berdiam kerana tidak mahu rakan itu terasa.

Acapkali kita mendengar rintihan rakan sekerja yang datang lewat ke tempat kerja, tidak pun scan ID ngam-ngam waktunya seiring bunyi alarm.

Ibu juga pernah terlewat tetapi tidak kerap. Kerap sampai pejabat awal. Lebih selesa begitu. Sampai awal, bersarapan, mengadap blog..erkkk (selingan sahaja ok!). Yang pasti, sampai awal di tempat kerja dapat mengurangkan tekanan kerja walhal kadang kala ibu datang awal selepas subuh kerana mahu menyiapkan kerja yang banyak tertangguh. Ohh..macam tipu je selepas subuh tu. Paling awal pun jam 7.00 pagi. Kau ado??

Seorang rakan sekerja, A yang akan berpindah di satu kawasan perumahan yang agak jauh dari tempat kerja kami bertanyakan satu soalan kepada B.



A : Ish..agaknye pukul berapa la aku kena gerak nanti nak tempuh jammed lagi.

B : Ko kena gerak awal la. Aku gerak kul 8 pagi, sampai kilang ngam-ngam kul 8.30 pagi tau.



Erkkkkk...

Tidak adil jika dikatakan ibu sampai awal di tempat kerja kerana rumah ibu dekat sahaja. Ohh sangat tidak adil. Kerana sebelum pindah di rumah itu, ibu tinggal jauh juga, perjalanan menaiki kereta yang mengambil masa 30 - 40 minit dengan memandu sendiri. Dan ibu tetap sampai awal!

Bukan mahu berlagak. Kalau ibu mahu berlagak, depan-depan mereka ibu sudah berkata-kata. Tetapi ibu pendamkan sahaja. Diam lebih baik dan seeloknya gunakan akal yang dikurniakan itu. Bukan tidak bijak orang yang berkata-kata itu.


A, seorang yang baru mahu menempuh satu perjalanan yang dia sendiri tidak dapat bayangkan. Dimaafkanlah andai dia tidak tahu.

B, seorang yang sudah hari-hari menempuh perjalanan sebegitu, dan dia sudah lali. Jika begitu, dia sudah tahu bagaimana mahu menguruskan masanya sendiri. Jika keluar dari rumah jam 8 pagi, sampai di tempat kerja cukup-cukup waktu, tidak salah rasanya andai dia keluar rumah awal sedikit. Perkara mudah yang tidak perlu disusahkan.


Ibu, walaupun dari rumah ke tempat kerja hanya mengambil masa 10 - 15 minit, ibu keluar rumah jam 7.45 pagi kerana ibu perlu menghantar Aisyah ke rumah pengasuh yang jaraknya hanya mengambil masa selama 5 minit dari rumah. Ditambah pula masa perjalanan untuk ke tempat kerja, perlulah kira sendiri kira. Perlu juga difikirkan perkara-perkara yang kita sendiri tidak ketahui bakal terjadi.


Contoh 1 : Mungkin tiba-tiba jalan jammed kerana berlaku kemalangan jalan raya.

Contoh 2 : Mungkin tiba-tiba tempat letak kereta di tempat kerja penuh dengan kontena yang panjang berjela.

Contoh 3 : Mungkin juga kenderaan kita akan menghadapi masalah.


Makanya, memang tidak adil jika mereka mengatakan rumah ibu dekat dengan tempat kerja seolah-olah ibu tidak pernah duduk jauh. Haihhh...manusia, manusia...




Nota Kaki : Bos dah masuk opis..hilang idea terus...