Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Malang Tidak Berbau


Keluar dari bilik air, terdengar suara en.suami memanggil.

"Ayang, air dalam periuk ni kering"

Hah? Pantas ke dapur, menjenguk ke dapur. Api kumatikan lantas tuang sedikit air paip. Kacau lebih kurang dan aku biarkan saja.

Maghrib perlu disegerakan. Saat aku rukuk, sujud, telingaku menangkap bunyi-bunyian pelik. Ahh..kusyukkan solatmu hingga memberi salam dan memanjatkan sejuta doa.

Keluar dari bilik, ke dapur, sedikit terkejut kerana sebuah kerusi betul-betul di dapur. Kesan tapak kaki kecil jelas kelihatan di kerusi. Paling aku terkejut, sudu terbiar di dalam periuk tadi. Aku mengurut dada.

Anak dara sudah pandai menggunakan kerusi untuk menjenguk ke dapur. Tidak boleh leka! Yang merisaukan ianya dapur! Kawasan panas. Allahuakbar...anak..anak...


Ibu : Aisyah panjat kerusi eh? Kacau periuk eh?

Dia diam. Terus bermain seperti tiada apa berlaku.


Ibu : Nape nak? Nak tolong ibu sangat ke? Jangan buat lagi macam tu. Bahaya. Panas.

Dia tetap diam sambil bermain. Sesekali matanya melihat kartun yang terpasang.


Aisyah : Ibu, tengok tu ibu, dia tersekat. Macamana dia nak keluar kan??


Aku diam dan berlalu ke dapur. Geram!


Sejuk mata memandang saat dia tidur. Cuba tengah nakal...makin sakit jantung ibu..









Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Aisyah..Aisyah..panas tu sayang..nasib takde apa2 berlaku..Mar kena lebih hati-hati lepas ni..dia tengah panjang akal tu..:)

    BalasPadam
  2. Singgah pagi..
    Ya Allah...nasib baik cepat..
    Risau nyer...

    BalasPadam
  3. gugur jantung..ape lah wahai anak ni....tmpt bahaya bukan dia tahu..makin besar makin pnjg akal..

    BalasPadam
  4. anak2 nak membesar kan ada je akal nya... kena lebih berhati2..kita tak boleh leka.. comeyy tgk dia tidur...:)

    BalasPadam
  5. hadui.. mmg bahaya.. tak boleh tinggal kalau macam tu..

    BalasPadam
  6. ya Allah nasib tak ada apa2 yang buruk berlaku.. lepas nih kena lebih berwaspada..

    BalasPadam
  7. Allah. mujurlah tak dek apa yang berlaku

    BalasPadam
  8. bahayanya tuuu...kena hati-hati kak lain kali...malang mmg tak berbau...

    BalasPadam
  9. niat tu dah baik tapi bahaya sesangat kan huuuu

    BalasPadam
  10. adoi.. pantang kita leka kejap.. laju aisyah ye..

    BalasPadam
  11. bahaya tu dapur...

    tu sbb sy masih x buka pagar kt dapur tkut ank ke sana.skrg ni pon xleh leka ckit msti dia pnjt kusi naik atas meja/kabinet tv T_T

    BalasPadam
  12. Bahaya tu, Mar. Budak kecil bukan tau apa pun. Kalau malang tu berbau, senang sikit kerja kitakan. Pandai pulak tu dia ambil kerusi nak buat kerja. Nama pun budak-budak, kita tanya pun dia buat selamba jerk macam takda apa-apa. Nak geram, kenalah geram sorang-sorang :)

    BalasPadam
  13. bahayanya, dah la dapur byk benda yg blh ancam keselamatan
    pernah anak buah hari tu, dia bakar bekas makanan atas dapur gas, konon2 main masak2, tapi guna gas betul
    sekali bau hangus, nasib baik nenek dia cepat dtg

    BalasPadam
  14. Mmg tak boleh leka bila ada ank yg tgh pnjang akal..

    BalasPadam
  15. memang tak boleh leka tu bahaya ... alhamdulillah x de berlaku perkara yg buruk ...

    BalasPadam
  16. Allahu Akbar. sib baik xde pe terjadi kan.
    aida pun skang, ijat suka sgt nak menolong kat dapur hu hu hu...
    jadi tarzan kat dapur kita ni hu hu hu...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code