Keluar dari bilik air, terdengar suara en.suami memanggil.

"Ayang, air dalam periuk ni kering"

Hah? Pantas ke dapur, menjenguk ke dapur. Api kumatikan lantas tuang sedikit air paip. Kacau lebih kurang dan aku biarkan saja.

Maghrib perlu disegerakan. Saat aku rukuk, sujud, telingaku menangkap bunyi-bunyian pelik. Ahh..kusyukkan solatmu hingga memberi salam dan memanjatkan sejuta doa.

Keluar dari bilik, ke dapur, sedikit terkejut kerana sebuah kerusi betul-betul di dapur. Kesan tapak kaki kecil jelas kelihatan di kerusi. Paling aku terkejut, sudu terbiar di dalam periuk tadi. Aku mengurut dada.

Anak dara sudah pandai menggunakan kerusi untuk menjenguk ke dapur. Tidak boleh leka! Yang merisaukan ianya dapur! Kawasan panas. Allahuakbar...anak..anak...


Ibu : Aisyah panjat kerusi eh? Kacau periuk eh?

Dia diam. Terus bermain seperti tiada apa berlaku.


Ibu : Nape nak? Nak tolong ibu sangat ke? Jangan buat lagi macam tu. Bahaya. Panas.

Dia tetap diam sambil bermain. Sesekali matanya melihat kartun yang terpasang.


Aisyah : Ibu, tengok tu ibu, dia tersekat. Macamana dia nak keluar kan??


Aku diam dan berlalu ke dapur. Geram!


Sejuk mata memandang saat dia tidur. Cuba tengah nakal...makin sakit jantung ibu..