Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Rindu Akan Mereka


Sangat terkejut!! Tiba-tiba emak call, bagitau nak datang. Ha??? Memang terkejut sangat.

Balik kerja, petang, mak dan abah dah ada di rumah. Adik lelaki bongsu saya ada di rumah. Dia memang duduk dengan saya sejak kerja di Tebrau 5 bulan lalu.

Emak bawa rendang ayam hutan, sayur lodeh berserta ketupat. Udang galah masak sambal pun ada. Udang tu memang manis lagi. Dapatlah rasa dua ekor.

Aisyah pula, bila nenek dan atuk datang, cukup seronok. Habis segala mainan ditunjukkannya. Pantang nampak atuk lengkap berpakaian, terus cakap nak ikut. Dalam kotak fikirannya, ke kedai sahaja. Mahu beli gula-gula.

Rasa bersalah, lama tidak pulang ke kampung. Kekangan masa. Suami sibuk bekerja. Saya boleh saja memandu sendiri bersama Aisyah, tapi suami tidak benarkan. Kali terakhir menatap raut wajah mereka ketika cuti CNY tempohari. Itu pun mereka yang datang ke rumah kami.

Awal bulan 5 ada cuti umum, boleh la balik kampung. Lama sikit. Penghujung bulan 5 pula emak dan abah akan berangkat ke tanah suci, mengerjakan umrah. In sha Allah.


Emak yang berbaju merah..














Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Assalam mar,
    sekali sekala jumpa boleh la lepaihkan rindu kan3

    BalasPadam
  2. wahhhh syoklah dpt kunjungan surprise dr mak ayah
    siap bw lauk lg..

    BalasPadam
  3. Syoknya mak pak dtg rumah siap bawak lauk lg. Hilang segala stres penat lelah seharian bekerja..

    BalasPadam
  4. Sronok erkk family dtg umah kan. Trubat juga krinduan kan

    BalasPadam
  5. Wah...Lauk udang galah & rendang yg menyelerakan..huhu

    BalasPadam
  6. sapa lah tak hepi kalu mak pak nk dtg melawat kite kan... pastu siap bwk lauk macam2 lak tuh... perkh syoknyer...

    akak yg baru balik dr kampung ujung minggu baru nih pun dh rasa rindu

    BalasPadam
  7. Emak tahu keadaan anak dia Mar. Kalau dulu tak ada baby dlm perut tu mesti en abang bagi aje nak drive sendiri. Tapi bila dah berbadan dua dgn Aisyah lagi mestilah bimbang. Elok jugalah mak/abah dtg. Awal bulan 5 ni ada masa balik pulaklah ke kg sebelum mak ke tanah suci..

    BalasPadam
  8. Nak cerita, pernah sekali tu,IbuNoey pun rasa bersalah kat mertua sebab dah berbulan tak balik jenguk dorang.tapi mertua ambil inisiatif lain,datang rumah kami.

    BalasPadam
  9. beruntungkan mak dan ayah memahami. dia rindukan kita sebenarnya tapi akhirnya mereka yang menemui kita. kak macam tulah selalu mar..dah jauh macam ni, sorang sp, sorang ipoh, cuti hujung minggu tak sama. kesempatan makin terbatas. mak dan ayah pula kata nak jalan2 SP..huhu

    BalasPadam
  10. Mmg seronok klu ibu dtgkan.. syukurlah dpt berkumpul bersama mcm tu.. alhamdulillah.. :)

    BalasPadam
  11. dapat la lepas rindu ye...wahhh syokkk nye siap bawak bekalan lgi tu ;)

    BalasPadam
  12. Alahai seronoknya....Mar mesti anak manja kan.... Mak okje dulu dulu pun kalau dtg mesti bawak lauk. Tak mau susahkan anak kot....

    BalasPadam
  13. Suka berlipat kali ganda bila emak datang bawa juadah yang sedap-sedap. Hilang kerinduan pada makayah ya. Masa arwah abah saya ada dulu pun, selalu mak dan abah datang ke KL ni menjenguk anak-anak dan cucu. Bila tau mereka nak datang, gembiranya tak terkata. Lagi gembira bila dapat rasa kehebatan air tangan emak. Sekarang ni tinggal kenangan ajelah!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code