Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Diari Cik Aisyah


Bila nenek dan atuknya ada di rumah, Cik Aisyah duduk dengan mereka di rumah. Dia pun sudah besar, sudah pandai membawa diri.


2 April 2015, Khamis - Saya tinggalkan Cik Aisyah bersama nenek dan atuknya di rumah. Waktu lunch, saya tidak balik sebab takut dia melalak, mahu ikut saya. Suami saya balik, melekat dia dengan ayahnya hingga tertidur. Petang, jam 6 saya baru pulang. Nenek kata, dia sangat baik.


3 April 2015, Jumaat - Waktu lunch saya balik ke rumah, sebab saya rehat lama. Sempat bermain-main dengannya. Dia peluk saya seolah benar-benar merindui saya. Senyumannya menawan hati. Usai zohor, saya bergegas masuk kerja semula. Aisyah di dalam bilik bersama neneknya. Nenek saja melekakannya, agar saya dapat kembali ke pejabat. Lewat 8 minit, tak punch, takpe.

Dia cuma sedar bila dia lihat saya tidak ada di rumah. Berkejar ke bilik belakang, difikirnya saya solat, belum keluar lagi. Tapi, nenek kata ibu kerja. Berkejar pula di ke pintu depan. Kereta saya sudah tiada dan dia tahu dia kena tinggal.

"Aisyah nak ikut ibu keje.." Tidak menangis, kembali menonton kartun.


4 April 2015, Sabtu -  Turn saturday off. Pagi-pagi, saya sudah keluar mencari lauk. Tapi, kedai belum buka lagi. Adeiii.. Terpaksalah saya beli sarapan pagi di gerai berdekatan.

Rupa-rupanya Cik Aisyah terjaga ketika saya menekan alarm buka pintu kereta. Nenek cerita, Cik Aisyah mengadu sambil menangis teresak-esak. "Ibu tinggal.."
Sedih dan kasihan melihat wajahmkecil itu.

Jam 10 pagi, saya keluar ke kedai bersama Cik Aisyah. Ke kedai pun sudah buat dia gembira.

"Bye nenek, Aisyah nak jalan.."


5 April 2015, Ahad - Saya bangun pagi seperti biasa. Buka pintu bilik air, Cik Aisyah sudah duduk menanti saya di birai tilam. Patung 'baby', beg kecil hello kitty sudah siap di tangannya.

"Ibu nak ikut..."

Tersentuh hati saya.

"Ibu tak gi mana. Ibu nak solat, pastu buat sarapan kat dapur"

Dia diam tetapi masih tidak melepaskan tangan saya. Saya ajak dia ke ruang tamu dan dia saya tinggalkan dia sebentar. Dia leka menonton kartun.


Menu petang ahad bawa ke malam
~ laksa penang




Nota Kaki : Satu hari hujan turun membasahi bumi pada hari ahad. Tak dapat berjalan ke mana pun.





Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. alahai cik aisyah tu kan...kesian dia...laksa tu menggiurkan pulak..ngeeee

    BalasPadam
  2. Knp dgn laksa tu nmpk sdp Sgt sis huhu...aisyah dah bsr.x lma lgi blh dah brdikari

    BalasPadam
  3. Dah besar pandai dah pandai minta nk ikut ibu gi memana ^^

    BalasPadam
  4. kemain cik aisyah..
    apa pun tgk sdp je laksa tu..huhu

    BalasPadam
  5. Assalam mar,
    aloloooooo
    sian aisyah
    anak2 macam tu la kan2
    kita ni kalo ikutkan ati memang takmo koje
    dok umah jaga anak
    sob3

    BalasPadam
  6. siannya dia kna tinggal.
    sedapnyaa laksa tu kak

    BalasPadam
  7. Kesian dia..sedih la pulak..tp x pe,Aisyah kuat kan...

    BalasPadam
  8. Begitulah menjadi anak yg punya ibu bekerja. Nak buat macam mana. Aisyah beruntung sebab yg jaga nenek. Kita sebenarnya pun sayu hati kan Mar bila selalu nak tinggalkan anak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nenek jaga beberapa hari je Kak Zakie, sebab nenek datang melawat kawasan. hehe.. Aisyah saya hantar rumah orang..

      Padam
  9. sedapnye laksa.....untung aisyah still dpt dok kat rumah sbb nenek jg ..... biasa la tu ... nk buat cam ne mak berkerjaya kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. nenek jaga beberapa hati je Eima, sebab nenek datang melawat kawasan. hehe.. Aisyah saya hantar rumah orang..pengasuh berbayar tiap bulan..

      Padam
  10. Cianlah Aisyah... lama pulak rasanya tak makan laksa ni.. :)

    BalasPadam
  11. Situasi macam ni memang buat sebak hati mak-mak macam kita je, Mar. Kelmarin waktu nak pergi kerja tetiba anak saya si Adik tu terjaga. Terus merengek tak bagi saya pergi kerja sebab dia nak tidur dengan saya. Puaslah saya memujuk kerana dia tak bagi saya keluar dari bilik. Bila dapat melepaskan diri, rasa ralatnya terbawa-bawa sampai ke tempat kerja.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code