Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kerana Pembawakan Atau...


Bila disuspek sakit jantung ketika mengandungkan anak ke-2, saya hanya menganggap ia faktor pembawakan. Memang agak jarang kedengaran kan. Biasanya kencing manis, darah tinggi.

Ada juga saya terfikir, berkemungkinan faktor tempat kerja. Saya bekerja di kilang membuat spare part oil & gas. Kawasan pejabat saya di tengah plant antara seksyen sendiri dan seksyen sebelah. Memang agak berisiko.

Seksyen saya, terang terangan menggunakan burner untuk mencairkan ingot Aluminium. Asap jelaga memang berterbangan, ada kalanya bau asap menusuk ke hidung dan membuatkan mata saya berair. Production kadang-kadang alpa untuk on exhaust fan. Proses di casting area, aluminium tu perlu betul-betul kering sebelum dimasak hingga cair. Setitik air boleh buat ia meletop. Serius! Macam salji berguguran bila meletup.

Belum lagi, bahagian blasting paip, core stainless steel yang kedudukannya juga berdekatan. Itu satu hal juga sebab pekerja bahagian blasting je memakai sut seolah mahu ke bulan! Haha..

Bahagian bawah pejabat kami pula adalah makmal untuk menjalankan ujikaji anode bila direndam dengan air laut. Ujian anode untuk memastikan cantik tak bila di'makan' dengan air masin. Dah nama pun makmal, haruslah penuh dengan bahan kimia.

Hampir 6 tahun saya bekerja di sini dan mungkin juga ini kesan yang saya dapat. Berbaloikah insurans sebanyak 25K yang syarikat sediakan?

Untuk mengurangakan kesan yang bakal saya alami, saya harus rajin memakai mask walaupun di pejabat. HOD telah saya beritahu agar pergerakan saya dilimitkan sebab saya cepat letih, mengah.

Agak serba salah sebenarnya lebih-lebih lagi department QAQC semakin kurang pekerja. Dua orang engineer department kami pula adalah perempuan. Tenaga masing-masing tidak semengah kudrat seorang lelaki.

Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga saya terus sihat selama mengandung dan diberi kesihatan yang baik juga sewaktu melahirkan permata hati kami.

Bersara awal? Mungkin akan diputuskan mengikut perkembangan kesihatan saya. Perjalanan masih jauh. In sha Allah, semuanya akan baik-baik saja.


Ok, pekena jeruk mangga asam boi dulu.

Orang JB, nak order, boleh whatAp 011-17767280 (Awisy Aidid)
Siap penghantaran dengan minimum2 pek sekitar taman rinting - megah ria - seri alam dan sekitarnya.















Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. sedapnye jeruk asam boi

    BalasPadam
  2. sempat lagi ye mak yong menikmati jeruk asam boi tu..

    BalasPadam
  3. semoga sis kuat ye...bahaya jugak tu sbb tmpt keje risiko tinggi

    BalasPadam
  4. Bahaya kja kat kwsn kilang ni, hope sis baik2 Jaga kesihatan ya

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum kak mar, semoga segala urusanmu dipermudahkan kak. semoga sihat2 selalu ya. debor lak sheila baca ni...

    BalasPadam
  6. semoga dipermudahkan segalanya ..

    BalasPadam
  7. maybe sbb persekitaran jugak kot kn..hope bb n ibu dia sihat selalu ;p

    BalasPadam
  8. Semoga dipermudahkan Allah semasa tempoh pregnant ni Mar..
    Sodap tu jeruk Mangga Asam boi..

    BalasPadam
  9. hmmm sedap nyeeee mba jeruk mangga asam boi nya :) sudah lama tak makan itu jadi pengen mba hehehe

    BalasPadam
  10. semoga Allah permudahkan segala urusan mar..;D

    BalasPadam
  11. Kalau dah namanya kilang bahan kimia melambak, teruk juga ni ya! Mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan lancar buat Mar dan baby.

    BalasPadam
  12. moga Atie dan baby dalam kandungan berada dalam perlindungan Allah SWT. kak tak pandai nak komen tentang persekitaran tempat kerja Atie...luar pengetahuan kak

    BalasPadam
  13. Masa mengandung anak ketiga pun saya suspek ada jantung jugak. Insyaallah semoga semuanya selamat.

    BalasPadam
  14. Moga puan bersabar ye..insyallah pasti ada hikmahnya..saya doakan anak dan ibu selamat ketika melahirkan nanti..
    kata orang kalau dugaan masa mengandung berat mesti masa bersalin dipermudahkan..

    insyallah..amin

    singgah blog iza..

    BalasPadam
  15. moga semuanya okay sepanjang pregnancy journey ye...

    BalasPadam
  16. Assalam mar,
    semoga segalanya dipermudahkan AMIN

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code