Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Viva Kesayangan


Bila kereta kian dimamah usia, mulalah dia meragam. Macam-macam halnya.

Minggu lepas saya singgah di sebuah bengkel kereta, minta mereka buat allignment balancing je. Macam dah lari sikit bil drive di jalan yang lurus. Dah lama tak buat. Tapi, cina tu tegur, "You mau buat ka? You tengok you punya tayar".

Siap tunjuk ada benang keluar di tayar belakang. Bab benang tu memang saya agak was-was. Ermm.. Rasanya tayar ni baru tukar tak sampai 2 tahun lepas. Running pun tak jauh. Mileage baru 90K walaupun sudah lebih 5 tahun. Saya rasa tawar hati nak bertanya, almaklum saya perempuan. Meskipun saya tahu serba sedikit tentang kereta, tapi saya malas!

Bermula hari khamis, pintu sebelah driver pula buat hal. Tidak boleh dibuka dari dalam. Haishh...lepas satu, satu pula.




En. Suami check masalah yang dihadapi Cik Viva. Bila dibuka, emmm...kabel putus. Memang tak boleh buat apa lah. Perlu mendapatkan perkhidmatan luar. Tapi, beberapa buah kedai je kami dapat singgah. Ada yang takde barang.

Bertahanlah...



Nota Kaki : Leceh wooo nak buka pintu..













Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. selamat berhujung minggu Mar..
    memang leceh kalau pintu belah driver tak leh buka..kena jugak repair tu..
    sama kereta akak..lagi lama...tahun lepas banyak makan duit..lepas satu..satu..harap tahun ni tak meragam ..:)

    BalasPadam
  2. bahaya tu kalau dah tayar sampai terkeluar benang. :) hehehee

    BalasPadam
  3. Biasa la tu sis kalau keta dah lama kan? Keta hubby lagi lama,dan mcm² penyakit da.

    BalasPadam
  4. sy haritu lama juga pintu keta jadi camtu..takda masa nak pi buat..so bertabahlah Buka pintu sua tangan dari luar.haha..

    BalasPadam
  5. Kereta ni gitulah... sikit2 pun jd besar duit nya

    BalasPadam
  6. Susah tu klu pintu belah driver jem.. sabarlah Mar.. semoga dipermudahkanlan semuanya... aamiin.

    BalasPadam
  7. Biasalah bila dah lama pakai. Kalau tak dibetulkan, lagi banyak pulak masalah yang datang. Nak minta manja, nak minta duit lebihlah tu, Mar...

    BalasPadam
  8. Assalam mar,
    he3
    samalaa
    keta iols pun veteran jugaks
    nak dekat 10thn dah

    BalasPadam
  9. saya pon kes sama viva x bolih buka dari dalam.Bila cx tengok mcm tak ada apa yg rosak....Kereta keluaran Malaysia mcm tu lah kelemahan dari model pertama hingga terkini asyik bermasaalah sbb x berkualiti.,dok perabih duit tuan dia saja ..Kereta ni utk anak pompuan ulang alik ke kampus UITm..sementara waktu kena turunkan cermin pintu dan buka dari luar utk solve problem..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code