Dia tidak agresif seperti selalu. Ada masanya dia main. Ada masanya dia diam. Maghrib sudah berlalu, malam kian pekat.
"Sakit perut ibu, sakit perut" Sambil menekan-nekan bahagian yang sakit.
"Itulah ibu suruh makan, Aisyah tak mahu. Makan tengahari je tadi tau. Meh ibu sapu minyak"
Dia baring sambil menunjuk di mana sakitnya.
"Ubat panas ibu? Sakit perut ibu..sakit" Dia mengadu lagi.
"Sabar, nanti baiklah" Ibu memujuk lembut.
==========================
Malam itu, Aisyah tidur awal. Petanda dia tidak sihat badan. Badannnya sedikit dedar, kondisi yang tidak merisaukan. Cuma perlu pantau agar suhu badannya tidak naik.
Jam menunjukkan 2.30 pagi bila Aisyah tersedar dan meminta susu. Ibu minta dia minum ubat. Dia berpaling tanda protes.
Ibu suakan juga ubat demam. Dia nganga dan senyum meskipun kelihatan terpaksa menelan. Dia telan ubat demam sirap itu hingga habis.
"Habis!!! Terima kasih ibu.."
Susu ditonggak sikit-sikit hingga dia tertidur.
NotaKaki : Touching kan bila anak sebut ayat keramat tu.. "terima kasih ibu.."
13 Ulasan
get well soon aisyah... teringat kat anak bila bc entry ni.. sedikit tersentuh T_T
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamsinggah pagi isnin :)
Smg cepat sembuh Aisyah.
BalasPadamcepat2 sembuh ye aisyah, naluri ibu kan Mar, sayu bila anak2 merintih ni :)
BalasPadamboleh jd penulis dah ni ... pandai olah ayat ....
BalasPadamget well soon aisyah ...
semoga cepet sembuh iya mba :)
BalasPadamAnak ibarat kain putih kan org kata
BalasPadamApa yg kita didik itulah yg dia buat
Moga Aisyah cepat sembuh..
mestila teruja kalau anak ucap camtu, tak sabar nak tunggu ainul boleh cakap, hihi. baru 11 bulan, dengar dia dok kata tata baba jala skang ni..tu pun dah excited, kuikuikui
BalasPadamHuhu...Terigt plk pd che mek sy..huhu
BalasPadamHihi..mmg touching bila ank pndai memuji..
BalasPadamAlolo....sweetnya bila si kecik ucap Terima Kasih. Itulah salah satu yg bangganya bila jadi ibu kan Mar
BalasPadamMemang betul. Lagi pulak bila anak tengah tak sihat macam tu. Comel jerk rasa. Emosi jerk kita.
BalasPadamAssalam mar,
BalasPadamiols kalo tiap kali my boboboy ucap terima kasih, memang wajib balas 'sama2 kasih sayang ibu' :)
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.