Dia tidak agresif seperti selalu. Ada masanya dia main. Ada masanya dia diam. Maghrib sudah berlalu, malam kian pekat.

"Sakit perut ibu, sakit perut" Sambil menekan-nekan bahagian yang sakit.

"Itulah ibu suruh makan, Aisyah tak mahu. Makan tengahari je tadi tau. Meh ibu sapu minyak"

Dia baring sambil menunjuk di mana sakitnya.

"Ubat panas ibu? Sakit perut ibu..sakit" Dia mengadu lagi.

"Sabar, nanti baiklah" Ibu memujuk lembut.


==========================

Malam itu, Aisyah tidur awal. Petanda dia tidak sihat badan. Badannnya sedikit dedar, kondisi yang tidak merisaukan. Cuma perlu pantau agar suhu badannya tidak naik.

Jam menunjukkan 2.30 pagi bila Aisyah tersedar dan meminta susu. Ibu minta dia minum ubat. Dia berpaling tanda protes.

Ibu suakan juga ubat demam. Dia nganga dan senyum meskipun kelihatan terpaksa menelan. Dia telan ubat demam sirap itu hingga habis.

"Habis!!! Terima kasih ibu.."

Susu ditonggak sikit-sikit hingga dia tertidur.





NotaKaki : Touching kan bila anak sebut ayat keramat tu.. "terima kasih ibu.."