Alhamdulillah, bulan lepas Aisyah menunjukkan positif dalam usaha menceraikan lampin. Ketika usianya 2 tahun 10 bulan. Syukur sekali lagi, ia mampu mengurangkan pembelanjaan bulanan lampin pakai buang.
Bukanlah saya terlalu terdesak gara-gara GST. Owhh tidak. Tapi, ia memang satu perancangan sebagai seorang ibu. Mendidik anak meskipun sibuk bekerja. 3 hari memantau sudah berjaya. Dan seterusnya kerjasama dari pengasuh. Alhamdulillah.
Tapi, bercerain belum sepenuhnya. Waktu tidur perlu memakai diaper dan ketika berbelanja di pasaraya besar dan dalam perjalanan jauh juga. Dia belum pandai tahan kencing lama-lama. Banyak kali juga dia 'nak kencing' sewaktu kami sedang membeli belah. Memang akan kami pakaikan diaper. Tak dan nak ke toilet.
Setakat ke kedai tidak mengapa, jarak perjalanan yang tidak merisaukan. Kalau perjalanan berjam-jam lama ditambah pula terpaksa beratur panjang, mana mak nak cari toilet nak oii..
Ketika dia tidur, sudah beberapa kali saya terlupa memakaikan diaper. Penyudahnya habis tilam lencun. Aisyah jenis kuat minum susu, dan kalau sudah tidur, tidur lena sangat-sangat aka tidur mati! Memang WAJIB berdiaper.
Sekurang-kurangnya, dia sudah pandai rasa bila 'nak kencing' dan tahu untuk memberitahu kami. Tapi, buang air besar belum pandai mencangkung di jamban duduk. Ermmm...berdiri sambil meneran dan menyorok ntah mana-mana. Kelakar pun ada.
Cik Aisyah yang suka makan bakso..
10 Ulasan
macam anak saudara akak jugak la..time nak tidur je pakai..lama² dia ok lah tu...
BalasPadamye la kan amik masa gak
BalasPadamYg nk travel jauh tu mmg betul. Dah besar sikit nnt ok la tu..
BalasPadamWah..Best la awal2 dh training...Sy umur che mek 4 tahun kot baru "OK" ber-panties ...kiki
BalasPadamtahniah aisyah... dah "besar".. hehehe..
BalasPadamdah besar dah Cik Aisyah...dah pandai bagitau..
BalasPadamgeram pulak tengok dia tido camtu..comel sangat!
yeayyyyy...gud girl..
BalasPadamAssalam mar,
BalasPadamtahniah3
iols dok tak mola lagi ngan my boboboy he3
mula2 mmg susah sikit,lama2 cik aisyah oklah tu..sy pun dok bercita2 juga nak free dryperskan Afia ni
BalasPadamAnak saya si Adik tu baru start tahun lepas ketika usianya 3 tahun. Itu pun sama macam anak Mar. Kalau jalan jauh dan tidur malam, masih berpampers lagi. Baru semalam saya pergi beli tikar getah warna biru tu buat alas tilam. Kalau tidak, sambil nangis-nangis Mommynya kena bersihkan tilam pulak :)
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.