Bercakap tentang disiplin, tak semua akan ikut kan? Undang-undang pun boleh langgar, ini kan pula disiplin diri.
Zaman sekolah dulu, wajib ikut peraturan sekolah. Pakai tudung kena lipat, berpin, kasut kena putih, berstokin. Baju sekolah pun tak boleh terlebih nila, warna terlebih biru sikit pun tak boleh.
Bila masuk alam universiti, tak ubah macam zaman sekolah juga cuma tidak perlu beruniform. Tak boleh berpakaian menjolok mata, berpakaian biar longgar, yang tidak bertudung dilarang mewarnakan rambut. Kalau guard nampaka rambut karat, baju ketat, kenalah 'saman'. Masuk bengkel pun perlu berjaket dan memakai kasut sukan. Semua bersebab.
Masuk alam pekerjaan, beberapa tempat kerja yang pernah saya kerja. Perlu bersolek agar muka tidak tampak pucat, memakai uniform yamg disediakan dan tidak boleh memakai seluar jeans. Wajib berseluar slack. Sebab tu sampai sekarang saya tak selesa memakai jeans.
Saya ni pantang ada peluang MC, mesti saya MC. Dasar pemalas. Tapi, tetap jaga waktu masuk dan balik kerja. So far, kedatangan takde merah-merah sebab lewat. Tapi tabiat MC ni selalu terjadi bila saya takde mood nak bekerja. Rasa badan lemah sikit, demam je mesti MC. Rugi rasanya tak MC. Jangan tiru perangai saya ni.
Displin paling mudah, yang kita selalu tak perasan. Sudah ambil barang, tak pandai letak kembali ke tempatnya. Letak je sembarang, ikut suka hati dia.
Ada rak kasut tapi tak gunakan. Sanggup biarkan kasut bergelimpangan, macam takde perasaan sedangkan rak kasut terbiar kosong.
Sudah gunakan telekung wakaf, lipat elok-elok, bukan lipat asal boleh je, janji bergantung. Bila lipat cantik kan, sejuk mata orang yang mahu gunakan selepas tu.
Belum bab di atas jalanraya. Itu kalau nak cerita, seminggu pun tak habis.
Nota Kaki : Semalam saya MC sebab sakit kepala sangat-sangat dari malam. Takkan sebab makan daging kambing? Nak telan pil takut sebab saya mengandung. Tapi, akhirnya telan juga dan tidur. Baru lega.
12 Ulasan
Singgah pagi :)
BalasPadamkalau bab kedatangan tu,tak pernah lagi lambat sbb kecuaian sendiri..akak pun selalu mc sejak mengandung ni..
BalasPadamSalam jumaat Mar,
saya mc sekali sahaja dalam 6 bulan , itupun keadaan yang memaksa.
BalasPadamsetakat ini belum lagi MC... Alhamdulillah... tapi kalau mengandung MC tu mungkin perkara yang tak boleh nak dielakkan bagi sesetengah orang... sebab orang mengandung ni kan ada rentak individu yang berbeza...
BalasPadambila mengandung dan selepas bersalin.. mesti ada cuti atau MC.. biasa laa tuh..
BalasPadamdulu sekolah menengah mmg disiplin dah pengawas kan kenalah berdisplin kahkahkah
BalasPadamskrg kat umah mmg x berdisplin sbb mn nak displin yang oiiii sibuk ngan anak2..ngan kerjah rumah berlambak..lantak lah baju x sangkut tuala kemana mana..haha
singgah pagi! untungla boleh MC banyak2. hehe Jom baca entri baru
BalasPadamSalam Mar,
BalasPadamLama tak singgah sini. Masuk-masuk je notakaki tu yang buat terbeliak biji mata *_* Eh, dah mengandung lagi ya? Tahniah ya, Mar :)
Nak mendisiplinkan diri ni kena mulakan dengan perkara-perkara yang kecil dulu. Kalau yang semudah itu pun tak boleh, memang susah nak disiplinkan diri sendiri mahupun anak-anak. Macam saya bila datang time tertib, mulalah semuanya nak kena tertib. Bila datang penyakit malasnya, habis semua tertib yang ada :)
Haha..bestul gak tu..kadang2 saya pun langgar gak peraturan ni../.biasanya lampu isyarat la..tapi tak selalu..kadang2 jer time gaduh..hehe.. emm kambing jangan makan banyak sudah..haha
BalasPadamDisiplin asas kejayaan...
BalasPadamklu saya lbh kpd masalah pengurusan masa ... alhamdulillah . dah ada kwn lah si kakak nanti ...
BalasPadamKena perbanyakkan rehat & jngn stress. Jngn ikutkan sgt displin ala2 jepun.. relak2 je, janji keje jln.. :)
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.