Bila nenek dan atuknya ada di rumah, Cik Aisyah duduk dengan mereka di rumah. Dia pun sudah besar, sudah pandai membawa diri.


2 April 2015, Khamis - Saya tinggalkan Cik Aisyah bersama nenek dan atuknya di rumah. Waktu lunch, saya tidak balik sebab takut dia melalak, mahu ikut saya. Suami saya balik, melekat dia dengan ayahnya hingga tertidur. Petang, jam 6 saya baru pulang. Nenek kata, dia sangat baik.


3 April 2015, Jumaat - Waktu lunch saya balik ke rumah, sebab saya rehat lama. Sempat bermain-main dengannya. Dia peluk saya seolah benar-benar merindui saya. Senyumannya menawan hati. Usai zohor, saya bergegas masuk kerja semula. Aisyah di dalam bilik bersama neneknya. Nenek saja melekakannya, agar saya dapat kembali ke pejabat. Lewat 8 minit, tak punch, takpe.

Dia cuma sedar bila dia lihat saya tidak ada di rumah. Berkejar ke bilik belakang, difikirnya saya solat, belum keluar lagi. Tapi, nenek kata ibu kerja. Berkejar pula di ke pintu depan. Kereta saya sudah tiada dan dia tahu dia kena tinggal.

"Aisyah nak ikut ibu keje.." Tidak menangis, kembali menonton kartun.


4 April 2015, Sabtu -  Turn saturday off. Pagi-pagi, saya sudah keluar mencari lauk. Tapi, kedai belum buka lagi. Adeiii.. Terpaksalah saya beli sarapan pagi di gerai berdekatan.

Rupa-rupanya Cik Aisyah terjaga ketika saya menekan alarm buka pintu kereta. Nenek cerita, Cik Aisyah mengadu sambil menangis teresak-esak. "Ibu tinggal.."
Sedih dan kasihan melihat wajahmkecil itu.

Jam 10 pagi, saya keluar ke kedai bersama Cik Aisyah. Ke kedai pun sudah buat dia gembira.

"Bye nenek, Aisyah nak jalan.."


5 April 2015, Ahad - Saya bangun pagi seperti biasa. Buka pintu bilik air, Cik Aisyah sudah duduk menanti saya di birai tilam. Patung 'baby', beg kecil hello kitty sudah siap di tangannya.

"Ibu nak ikut..."

Tersentuh hati saya.

"Ibu tak gi mana. Ibu nak solat, pastu buat sarapan kat dapur"

Dia diam tetapi masih tidak melepaskan tangan saya. Saya ajak dia ke ruang tamu dan dia saya tinggalkan dia sebentar. Dia leka menonton kartun.


Menu petang ahad bawa ke malam
~ laksa penang




Nota Kaki : Satu hari hujan turun membasahi bumi pada hari ahad. Tak dapat berjalan ke mana pun.