Sangat terkejut!! Tiba-tiba emak call, bagitau nak datang. Ha??? Memang terkejut sangat.

Balik kerja, petang, mak dan abah dah ada di rumah. Adik lelaki bongsu saya ada di rumah. Dia memang duduk dengan saya sejak kerja di Tebrau 5 bulan lalu.

Emak bawa rendang ayam hutan, sayur lodeh berserta ketupat. Udang galah masak sambal pun ada. Udang tu memang manis lagi. Dapatlah rasa dua ekor.

Aisyah pula, bila nenek dan atuk datang, cukup seronok. Habis segala mainan ditunjukkannya. Pantang nampak atuk lengkap berpakaian, terus cakap nak ikut. Dalam kotak fikirannya, ke kedai sahaja. Mahu beli gula-gula.

Rasa bersalah, lama tidak pulang ke kampung. Kekangan masa. Suami sibuk bekerja. Saya boleh saja memandu sendiri bersama Aisyah, tapi suami tidak benarkan. Kali terakhir menatap raut wajah mereka ketika cuti CNY tempohari. Itu pun mereka yang datang ke rumah kami.

Awal bulan 5 ada cuti umum, boleh la balik kampung. Lama sikit. Penghujung bulan 5 pula emak dan abah akan berangkat ke tanah suci, mengerjakan umrah. In sha Allah.


Emak yang berbaju merah..