Sabtu dan ahad hanya bermain di dalam rumah memang sangat membosankan. Ditambah pula rumah teres yang hanya berpintu dan tingkap depan dan belakang. Paling-paling pun, Aisyah bermain di ruang tempat letak kereta yang hanya boleh memuatkan 2 biji kereta bersaiz kereta persona.
Ibu pula di hujung minggu sibuk mengemas, memasak, membasuh kain. Semua yang tidak kena di mata akan diaturkan. Seperti lipas kudung. Sambil melayan Aisyah bermain dan menari apabila menonton Hi-5.
Aisyah : Ibu..ibu...
Aisyah memanggil sambil menggayakan cermin mata hitam bergambar kartun Pooh.
Tak sempat ambil gambar dia berkaca mata..huhu...payah betul nak ambil gambar dia sekarang ni.
Malam ahad, kami pusing-pusing bandar JB tetapi tersekat di laluan ke bandar JB gara-gara laluan ke negara jiran yang sangat panjang. Semua sedia maklum akan hal ini. Adik bongsu ibu berhenti kerja di situ gara-gara lelah untuk menghadapi jammed dan kastam saban hari meskipun dia hanya menunggang motorsikal.
Hampir setengah jam tersekat dan kami sampai ke dataran JB yang kelihatan agak meriah. Sebenarnya kami tidak tahu ada karnival apa. Alang-alang susah sampai, kami terus singgah.
Kebanyakan gerai di situ menjual baju, t-shirt, jubah, tudung dan selendang. Harga? Biasa-biasa sahaja. Ada permainan belon air dan sesiapa yang berminat untuk bermain perlu membayar harga untuk semangkuk buih sabun dan alat membuat belon. Apa ibu tulis nih?? Takde gambar sebab sibuk menjaga Aisyah yang seronok lari sana sini. Orang pula ramai. Dia menumpang sekaki untuk bermain. Hohoho...
Seperti biasa, Aisyah memang pantang nampak belon, confirm melalak tak tentu hala. Kali ini, ibu belikan belon Angry bird yang bergas nitrogen dan ada pemberat. So, tak yah risau la belon ni terbang.
Budak jakun dapat belon ni...tak kasi ibu pegang
Aisyah : Ibu..dok..dok (suruh ibu duduk)
Yeay..dapat snap gambar Aisyah yang agak comel
Jakun yang tidak habis lagi
Aisyah : Ayah...ayah..gang... (suruh ayah pegang belon pulak)
Ok sebelum balik ambil gambar kat sini dulu walaupun gelap gelita..
Nota Kaki : Gambar ibu takde?? Redhooo..
16 Ulasan
dah lama sangat dah tak pergi dataran jb. in fact, dah lama sgt tak ke jb pun. :)
BalasPadamlya tak samapi lagi ke cna..seronok ujung minggu yg terisi
BalasPadambudak2 memang suka kalau dapat outing kan mar?
BalasPadamsaya pun tak larat nak layan dah jem teruk2 pegi kerja. huhu..
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamanum singgah sekejap
sory x sempat nak baca entry
bz ngan thesis arghhhhhhh pening2
Syok nyer outing...
BalasPadamsukanya dia dapat belon tu...kalau dpt snap masa dia pakai spek tu..mesti comey..nnt dia besar sikit..senang la amik gambar..cam anak akak..Afif..dh pandai dh,skrg ni sebuk bila orang amik gambar..:)
BalasPadamMeriah juga dataran JB tu ye Mar.. seronoklah aisyah dpt belon angry bird tu ;)
BalasPadamAssalammualaikum..
BalasPadamjalan2 kat dataran JB ooo.. dah dekat dengan tempat mselim3 tu.. kat bandar.. jln air molek.
mselim3
Assalamualaikum kak mar, bestnya Aisyah dapat belon. hehee ala pasrah ibu dia takda gambar. hihiii singgah menabung michelin sini~~~
BalasPadamSekarang ni masuk S'pore hari-hari jem Mar. Bayangkan ada satu hari tu sampai lori sykt kakak terpaksa patah balik walau permit/kastam form semua dah buat. Tak boleh gerak kata driver. Esoknya pagi jam 4 pagi bertolak semula.
BalasPadamAisyah dan besar makin ligatlah kalau bebas macam tu. Boleh kurus Mar dok mengejar dia macam selalu:)
Syoknye lepak malam malam tgk lampu. Mesti meriahkan.
BalasPadamseronok dia dapat belon ye
BalasPadamanak-anak saya dah besar pun gitu juga
siap berebut!
Seronoknya jalan-jalan malam..tapi kalau jem terus rasa tak seronok kan..Tapi tula weekend kita jadi pendek kan kalau kna kerja sabtu..haihlaa..
BalasPadamSeronok... lama dah saya tak ke JB apatah lagi ke dataran JB.. :)
BalasPadamdah lama x gi JB ... seronok aisyah dapat angry bird ya .
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.