Pehal pagi-pagi nak sentap?? Menyantap tu baru betul. Ekoran penerimaan surat cinta di entri yang lalu, tika itu tiada perasaan hinggalah pagi ini tiba-tiba sentap tidak semena-mena.

Kredit to Google

Tiba-tiba mahu berkongsi rasa kerana tidak tahu mahu diluahkan kepada siapa. Kalau luahkan pada si teman rumah, paling-paling pun ayat dia..erkkkk..tak perlu tulis. Kihkih..

Dalam department ibu yang hanya seramai 10 orang dan setelah ditolak nepal dan HOD, permanent adalah seramai 6 orang. Rupanya surat cinta yang mereka dapat lagi buat mereka jatuh cinta dan buat ibu pula yang sentap. Department kami, section kami, wah kebabomm kenaikan gaji mereka meskipun tetap tidak segah seperti tahun lepas.

Ibu sentap sebab tidak semeriah yang mereka dapat. Erkk...bukan entri lepas cakap bersyukur ke?? Syukur Mar..syukurrrr...

Ibu tetap tabahkan hati dan percaya rezeki itu tidak berpihak kepada ibu mungkin bersebab. Walaupun tiba-tiba terasa seolah tidak dipandang walau sebelah mata. Sabar ye wahai hati. Just concentrate on your job.

Abaikan apa yang mereka dapat. Yakin dan percayalah...


Kredit to Google


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al Baqarah : Ayat 216) 




Nota Kaki : Takde ke orang nak belanja makan? Sentap wehhh