Sabtu malam ahad yang lalu kami dijemput ke majlis walimatul urus anak bongsu pengasuh Aisyah. Pengasuh hanya mempunyai dua orang anak perempuan dan masing-masing susah bekerja. Kalau diikut dari usia pengasuh, ibarat pangkat nenek dengan Aisyah.
Pertama kali menghadiri majlis walimatul urus kaum boyan yang berasal dari Indonesia. Indonesia sebelah mana ibu sendiri tidak pasti. Bukan tidak pernah diceritakan oleh pengasuh mengenai perihal keluarganya. Pernah juga. Tetapi ibu tidak ingat.
Pengalaman pertama bersama mereka, tidaklah ganjil. Seolah menghadiri majlis kenduri kita juga. Bezanya tiada persandingan di mana pasangan pengantin di arak bak raja. Lagi pula, pengasuh hanya membuat marhaban dan bacaan berzanzi. Nak ulas lebih pun, tidak tahu sangat.
Layan gambar dan sedikti penerangannya.
Aisyah bersama ibu kepada seorang lagi budak yang dijaga oleh pengasuh.
Melihat gambar di atas, tiba-tiba ibu tersenyum sendiri. Aisyah kelihatan baik-baik sahaja. Duduk diam di pangkuan emak seorang kanak-kanak yang pengasuh jaga. Kanak-kanak tersebut yang memakai baju berwarna merah jambu itu berusia lebih 3 tahun. Aisyah panggil, Kak Bila.
Ketika ini, Aisyah tidak perasan di mana ibu duduk. Hehehe.. Mana tidaknya, sampai-sampai sahaja di majlis, Aisyah terus disambut dan diambil oleh anak pengasuh yang sulung. Mana Aisyah heran dengan ibu. Huk..huk..
Ketika marhaban dialunkan..semua berdiri..
Dari sudut lain pula apabila Aisyah sudah tidak betah duduk diam.
Aisyah bersama kakak, anak pengasuh yang sulung. single available..
Aisyah bersama seorang jiran pengasuh yang dipanggil nenek
Di hadapan rumah pengasuh. Pengasuh berbaju jubah biru tua di hadapan.
Bacaan doa di akhir majlis sebelum menjamu selera.
Mungkin ada yang tahu di mana letaknya kampung ini. Kampung ini terletak di pinggir kesibukan masai yang kian membangun. Ibu tinggal berdekatan dengan kampung ini kerana ibu duduk di kawasan perumahan baru di sekitar sini.
Syukur sangat-sangat mengenali pengasuh kerana dia menjaga Aisyah dengan baik sekali. Bukan sahaja cerita yang baik-baik dari jiran terdekat sahaja malah dari kawasan perumahan berdekatan juga.
Hampir saban hari ibu membeli sarapan di sebuah gerai berdekatan kawasan perumahan teres (kawasan perumahan lain dari ibu) dan juga berdekatan dengan rumah pengasuh. Dia juga mengenali pengasuh. Dan dia juga memuji akan pengasuh tanpa berselindung.
Nota Kaki : Hidup bermasyarakat kenalah iklas dan ramah. Jangan sekadar pergi balik kerja sahaja hingga muka jiran sendiri pun tidak 'cam'
9 Ulasan
selamat pengantin baru :)
BalasPadamBoleh kenal budaya lain kan...walaupun hampir sama tp ada beza jugak
BalasPadamsalam hujung minggu. jgn lupa visit entry ini. :)
BalasPadamhttp://www.mystorymory.com/2014/04/pemenang-top-commentator-bulan-january.html
majlis kahwin bangsa boyan sgt ringkas n mudah . jimat le belanja kahwin ...
BalasPadammajlis kenduri gotong royong mmg best..
BalasPadammajlis kenduri gotong royong mmg best..
BalasPadamwahh..waktu mlm ke ni?mesti meriah..niesa sokong akak..hidup bermasyarakat ni kena la ramah..jgn kau-kau,aku-aku..kan kak?hehe..
BalasPadamselamat pengantin baru kepada anak jiran mar..
BalasPadambetul tu, kena berbaik-baik dan bertegur sapa dengan jiran-jiran..
first time lya dgr kaum boyan..hidup bejiran meemang harus kenal mengenali kan sis..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.