Aisyah sangat menyukai kucing. Jika nampak kucing dia akan menunjuk ke arah kucing itu sambil memanggil-manggilnya. Miaowww...miaowww..

Akan tetapi, ibu tidak pernah membenarkan dia memeluk kucing. Setakat cuit-cuit tu adalah. Nak belai-belai lembut, itu tidak mungkin. Anak sekecil Aisyah tidak akan melakukannya dengan lembut. Bak kata ayah, mati kucing tu Aisyah oi!!

Ibu juga sangat suka kucing. Sangat best bila jari jemari ini dapat mengusap bulu kucing yang lembut. Ditambah pula kucing adalah binatang yang manja. Menggeser-geser dan ada kalanya datang menghampiri kita dan duduk di sebelah kita pula. Uittt..sangat-sangat suka.

Ayah yang berlagak macho tu pun sukakan kucing. Cuma kami tidak membela kucing buat masa sekarang sebab..emm...sebab duduk rumah taman kot. Rumah single storey kami itu tidaklah besar mana. Tapi, niat untuk membela tu memang ada sebab kami suka kucing!!




Ini adalah kucing pertama peliharaan Aisyah. Ibu tidak ingat bilakah Aisyah mula memeliharanya. Kucing ini sangat comel dan sangat geram apabila dia mula berjoget-joget ala-ala gelek inul. Bila kucing ini bergelek, kepala Aisyah juga bergoyang. Tapi itu dulu, kini tidak lagi. Kucing ini bukan kegemaran Aisyah lagi. Kadang-kadang sahaja dia akan minta ibu tekan punat di tangan kucing itu. Sudah bosan barangkali.




Ini pula kucing peliharaan Aisyah yang ke dua dan ibu tidak akan beli lagi. Baru sahaja tinggal bersama kami bermula hari isnin yang lalu. Hari isnin itu, kami ke pasar malam taman rinting untuk mencari makan malam. Ibu pula sibuk mahukan jagung rebus. Memang sedap jagung rebus tu, manis pun iye.

Ketika menunggu apam balik coklet masak si gerai apam balik, Aisyah ternampak seekor kucing berwarna kuning mengiau dan bergerak-gerak. Ekoran kecomelan kucing itu ditambah mengiaunya yang tidak henti-henti, Aisyah yang berada di dukungan ayah meluru mahu turun untuk mendapatkan kucing tersebut.

Argggghhh.. lambat pula apam balik ni masak. Adeiii.. Selesai pembayaran, niat di hati mahu terus cabut tetapi Aisyah mengamuk mahukan kucing sambil tangan kecilnya menunjuk-nunjuk dan melambai ke arah kucing itu. Mengeliat sana sini mahukan juga. Terpaksalah ibu membelinya dengan harga RM10. Erkkkkk..


Malam tadi, bateri kucing kuning dah habis. Aisyah minta ibu buka penutup bateri. Eh guna 3 biji bateri AAA. Stok bateri tiada di rumah. Ibu buat tidak tahu sambil bertanya kepada Aisyah.

Ibu : Aisyah, bagi ibu duit. Ibu beli bateri. Aisyah ada duit tak? ~ Budget anak dah besar cakap camtuh.

Aisyah : Wet..wet.. ~Sambil tunjuk ke arah bilik (Beg tangan ibu le tuuuuw)



-->Si Lempeng Yang Comel




Nota Kaki : Apsal pilih nama lempeng??