30 Ogos 2015 - Saya perlu menjalani BSP untuk kali ke-4. Saya tak pergi sebab malam tu sudah mula sakit konstraksi. Sempat juga pusing satu Giant Extra cari barang bayi. Tidak sia-sia. Kebetulan, ada offer untuk carseat baby jenama Sweet Cherry Pliko. RM109 sahaja dari harga asalnya, RM168.
Sakit mulai kerap di tengah malam hingga ke pagi. Tapi, bila subuh menjelang, sakit hilang pula. Saya bangun untuk berwuduk tapi ada lendir darah pula. Tanda yang semakin hampir. Tapi, sakit konstraksi sudah berkurang. Saya berehat sahaja di rumah. Sakit mula sekerap 15 minit sekali. Lendir darah mula keluar banyak. Hingga jam 3 petang, saya sudah mula merasai kesakitan 5 minit sekali.
Jam 3.30 petang, saya ke hospital sultanah aminah (HSA). Suami saya bawa kereta perlahan sahaja dan sepanjang perjalanan, sakit hilang! Sampai di bahagian bersalin, saya duduk di luar menanti suami parking kereta. Ketika ini, sakit sudah mula terasa kembali.
Dari jam 4 petang hingga jam 6.30 petang saya menunggu giliran di luar bilik saringan. Pelik juga sebab saya tidak dipanggil-panggil. Masuk bilik saringan adalah 5 minit tadi sebab check tekanan darah je. Tak buat CTG. Mungkin sebab rekod terakhir saya dalam buku pink, 37w.
Waktu itu, sakit sudah tidak tertanggung. 5 minit sekali. Dan kerana sudah tidak tertanggung, saya ke kaunter dengan dipimpim en.suami. Saya diarahkan berbaring di atas katil, dipakaikan CTG. Sakit semakin kuat dan bukaan sudah 8cm!
Saya ditolak ke LR segera. Jam 7.05 petang. Dan jam 7.23 petang, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.4kg. Kandungan genap 38w. Aduii, comelnya. Kecil sangat pada saya. Syukur alhamdulillah.
Jam 10 malam saya ditempatkan di wad 3 timur, manakala bayi saya dimasukkan di wad bayi di A2. Pesakit diabetes ketika mengandung macam saya memang akan dipisahkan bayi dengan ibu. Agak sedih juga. Tapi demi kesihatan bayi, saya redha.
31 Ogos 2015 - Jam 4 pagi, bayi saya dipulangkan ke pangkuan saya. Alhamdulillah. Saya sudah tidak tidur dan segera membersihkan diri, buat apa yang patut. Jam 8 pagi, doktor yang bertugas sudah mula meronda. Saya dan bayi dibenarkan keluar. Syukur sangat-sangat sebab tidak perlu berlama-lamaan di hospital.
Tengahari saya sudah boleh discharge. Tunggu bil, bayar bil, gedebak gedebuk, jam 2 petang juga baru keluar wad.
Malam tu, saya mula sakit perut pula. Sakit seperti konstraksi. Ye, betul tau. Sakitnya mengeras dan bawa ke pinggang. Lama...baru menyurut. Kebetulan, mak saya sudah datang sejak 30 Ogos sebab saya sudah rasa sakit. Terus mak saya telefon nenek saya. Nenek saya seorang bidan kampung. Mengurut orang bersalin.
1 September 2015 - Emak dan adik bongsu saya ke Mersing untuk menjemput nenek. Saya ditemani en.suami di rumah. Sepatutnya, saya ada checkup mengandung dengan doktor hari ini, makanya pihak KK Masai menelefon saya. Sedangkan saya sudah selamat bersalin pun. Dan suami saya segera melaporkan yang saya sudah selamat melahirkan.
Jam 11 pagi, seorang jururawat desa datang. Biasalah kan prosesnya. Macam-macam la berbual sambil dia menjalankan tugasnya.
Jam 2 petang, kami ke KK Masai bersama bayi kami. Apa lagi, ambil darah. Check sama ada, ada kuning atau tidak. Kuning bayi saya, 8.6. Tinggi juga.
2 September 2015 - Bacaan kuning naik lagi, 11.8! Saya sudah mula risau.
3 September 2015 - Alhamdulillah kuning turun. 10.8.
5 September 2015 - Kuning turun lagi. 10.0.
Saya harap kuning terus turun. Sedih tengok bayi menangis tiap kali diambil darah.
26 Ulasan
ooo bb ad kuning ye sis?? kesiannya...arap x berpnjngn lah ye..slmt berpantang sis
BalasPadamIye walhal amalkan minyak kelapa dara,,
Padamselamar berpantang mar.. kecik comelnya 2.4kg.. macam anak no 1 saya dulu.. ehehe
BalasPadamSinggah pagi isnin...
BalasPadamselamat berpantang dan menyusu. semoga Mar dan baby sihat. :)
BalasPadamSelamat berpantang mar..aduhaiii baca entry mar nie tetibe terbayang tahun dpn nak bersalin mcm mana (insyaAllah)..ngilu kejap perut..
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamsinggah pagi
Allah... dahlah baby baru beberapa hari kena ambil darah ulang-ulang. Tak sampai hati nak tengok kan Mar. Moga semuanya baik-baiklah... kadang dalam seminggu kuning tu akan hilanglah.. Selamat berpantang.
BalasPadamselamat berpantang..tahniah dapat orang baru..
BalasPadamtakpe..menyusu saje banyak2...jgn bagi baby tidur lama sgt
BalasPadamTahniah Mar atas kelahiran baby kedua.....
BalasPadamBila dah seminggu, makin turun lah kuning tu.... Tak perlu nak risau sgt...
Take care tau :)
Ala, saya lupa pula apa istilah utk rasa sakit mcm contraction lepas bersalin tu.. Rasa macam masih ada baby nak keluar, kan?
PadamDoktor pernah beritahu, yang ia normal utk mereka yg melahirkan anak yg kedua dan seterusnya... Nak hilangkan, saya cuma sapu minyak panas kat perut dan juga belakang... Kurang lah sikit rasa sakit tu...
Tahniah dapat baby baru akak. Insyallah nanti bertambah baik hendaknya sakit kuning tersebut.
BalasPadamBagi susu ibu selalu. Tahniah akak.
BalasPadamTahniah atas kelahiran anak kedua akak.
BalasPadamMoga kuning baby terus turun..
BalasPadamsakit lepas bersalin tu mak saya panggil rengat
BalasPadamsaya dulu pun penah kena
mak kata darah kotor tak habis buang
memang sakitkan mar...rasa lagi sakit dari nak bersalin
apapun jaga diri elok2 ye
Salam, tahniah dapat sepasang. Rasa macam nampak tadi kat klinik pakar HSA. Ada ke sana ke?
BalasPadamEh iye ke? Ye saya ada pergi HSA. Bawa baby checkup telinga. Maaflah kalai saya tak perasan sebab mata semakin rabun.
PadamSemoga baby cepat sembuh dari jaundis...amin
BalasPadamMudahnya bersalin..Alhamdulillah dipermudahkan..sekarang macam mana keadaan baby..harapnya dh lega dr kuning
BalasPadamSyokla dh dpt sepasang..yg paling hapy mesti si kakak
tahniah..
BalasPadamJOM FOLLOW SAYA
Tahniahh kak dah dapat baby
BalasPadamAlhamdulillah...dipermudahkan urusan bersalin. Tahniah Mar & hubby ☺
BalasPadamAlhamdulillah... Dipermudahkan...
BalasPadamSama berat baby mar dgn berat nurin dulu.
BalasPadam2.4kg. Kecil...
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.