Zaman sekarang kerap benar bayi baru lahir terkena kuning. Macam bayi saya, keluar hospital takde kuning, tapi bila bawa ke klinik, ambil darah, baru tahu ada kuning. Bila ada kuning, memang agak meletihkan perlu bawa bayi ke klinik untuk diambil darahnya. Kasihan sangat dengan bayi sekecil itu dicucuk-cucuk.
Satu halnya, sudahlah bayi baru beberapa hari menjenguk dunia, sudah dibawa ke hulu ke hilir. Sudah kena angin luar. Ditambah ibunya yang dalam tempoh berpantang. Mahu berjalan pun lambat-lambat. Silap langkah boleh bentan.
Bila kuning dikesan, bayi perlu ke klinik saban hari. Kalau sekejap takpe. Ini sampai 2 jam menanti, menunggu giliran. Aduhh..
Macam saya, penyudahnya saya balik ke kampung. Bawa bayi di klinik kampung saja. Tidaklah ramai orang sangat. Tidak letih menunggu.
Untuk mengurangkan kuning bayi, pelbagai cara saya lakukan. Kalau boleh, segala tip dan petua yang orang kongsikan saya buat. Yang penting, beri susu kepada bayi sekerap mungkin agar dia berak dan kencing dengan kerap juga. Kurma jadi kudapan saya.
Jus anggur hijau salah satu yang saya beri pada bayi. Ambil anggur dalam bilangan ganjil kemudian dibuang kulitnya. Saya perah saja terus di penapis. Jusnya saya masukkan dalam botol susu dan berikan sedikit demi sedikit pada bayi.
Pokok dukung anak pula saya rebus dan jadikan air mandian bayi. Warna air rebusan agak kekuningan.
12 September 2015 - Hari ke-13. Bacaan turun, 9.6. Kalau di KK Labis, mereka sudah tutup kes. Saya zon Chaah, perlu repeat hari isnin.
14 September 2015 - Hari ke-15. Bacaan 8.3. Alhamdulillah, turun lagi. Kes ditutup. Tak perlu ke klinik ambil darah lagi. Syukur..
11 Ulasan
nice info.. pernah tgk kakak buat cmni gak.. menjadi!!
BalasPadamAlhamdulillah, bayi dah sembuh.
BalasPadamAlhamdulillah dah sembuh baby Mar..petua yang baik dikongsikan buat ibu-ibu di luar sana :)
BalasPadamMemang kuning dengan baby dah sinonim..peliknya dulu takda pun kan penyakit kuning ni..org kata masa pregnant kena jaga makan insyaalah baby tak kuning
BalasPadamWah 8.3 dah tak perlu ke klinik. Kalau kat tempat fiza 4 baru tak pergi ambik darah lagi. Kalau fiza dulu masa pregnant Ain. Maggie pun bantai... Tapi kuning tak jugak tinggi masa lahir. Wallahu'alam...
BalasPadaminfo yg bagus..
BalasPadamKULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP
Saya dulu guna anngur hitam.
BalasPadamSaya dulu bancuh susu kambing peket sikit. Titik kat mulut anak.
BalasPadamDugaan ibu bapa bila anak lahir. Alhamdulillah dah beransur baik.
BalasPadamAlhamdulillah...baby dh sihat..so ibu dh boleh concerntrate pada proses berpantang..huhu
BalasPadamDugaan dlm brpanttang..syukurlah da ok kan
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.