Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Penerimaan Cik Aisyah


Dia sangat gembira bila melihat gambar aku mengendong bayi. Dia cakap, ibu sakit. Lebih teruja bila dapat menjemput aku di hospital. Lama dia tunggu aku di bawah dengan ditemani nenek.

Bila aku turun, macam-macam dia ceritakan. Dia cakap, perut aku dah kempis.


Aisyah : Ibu ada baby? Mana dapat? Perut ibu dah kempis?


Kata-katanya buat aku tergelak. Aku sekadar mengangguk. Aku masih letih tetapi aku kuatkan diri melayannya. Dia cium adik tanda kasih.


Sampai di rumah, perhatian kepadanya kian berkurang. Aku yang dalam sesi berpantang, tentu saja tidak boleh melakukan aktiviti yang diajaknya. Tumpuan aku lebih kepada bayi yang baru lahir. Dan bayi baru lahir pasti saja meminta susu selang 1 jam.

Lama-kelamaan, dia merajuk. Terasa hati bila segala yang diminta terpaksa ditangguhkan.


Aisyah : Ibu, saya nak susu..
Ibu : Kejap ye. Nanti ayah buatkan.


Bila layanan yang dia terima tidak seperti sebelum ini, dia merajuk. Menangis hiba hingga sukar untuk berhenti. Aku faham perasaannya. Hari pertama aku pulang, semalaman dia menangis.

Tapi, sehari demi sehari dia lalui, dia seolah lali. Dia faham aku ada baby. Bila aku berpantang di kampung, maka berjauhan lah dia dari ayahnya. Maka, menumpang kasihlah dia dengan atuk dan nenek.






Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. tahniah dah dapat anak ke-2.. mesti dia rasa cemburu tu..

    BalasPadam
  2. adeh la..sedihkan..tp nk buat cmne.kita pn xkuat nk lyn semua yg dia nak...tgu ibu hbs pantang nt blh la layan slow2 hehe...

    p/s : arfan nt cmne lah hehehe

    BalasPadam
  3. macam tulah awfiyah...cuma dia belum pandai bercakap..tp sekarang ni pantang lepa,mesti adik jadi mangsa..

    BalasPadam
  4. alahhhh bab2 mcm ni kan mmg kita as ibu mmg akan sebak
    sbb boleh tgk anak kita mcm merajuk menangis bila tak diberi perhatian
    mmglah kita kdg2 sibuk ngan bayi yg baru lahir..is ok lama2 oklah anak itu
    bila dia pun memahami kita ada baby

    BalasPadam
  5. alahaiiii kakak..suweetnyeee..tetibe nebes pulak mcm mana la nnt penerimaan qisya..hehe

    BalasPadam
  6. Semoga aisyah sayang adik lebih lepas ni...huhu

    BalasPadam
  7. Biasalah tu mula2 cmtu..lama2 nti ok..aiman dulu dh besar pun tau jeles ke asik..lama2 akan ok..ye la dulu dok melayan dia sorg je..skang ada baby ibu tak peduli..mesti terasa

    BalasPadam
  8. X pela sia nnt le lama aisyah akan fhm juga tu kan

    BalasPadam
  9. Alahai good girl.
    Dia akan faham.
    Ia hanya sementara...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code