CPR adalah shortform bagi Cardio Pulmonary Resuscitation.
Bila perlu buat CPR?
- Bayi berhenti bernafas.
- Biru/ sangat pucat.
- Tiada tanda-tanda hidup.
Langkah-langkah CPR
1 - Pastikan persekitaran selamat.
2 - Periksa samada bayi bertindak balas/ memberikan respon.
- Goncang tubuh bayi dengan perlahan.
- Jangan goncang sekiranya bayi mengalami luka pada leher. Contohnya; jatuh dari tempat tinggi, kemalangan jalan raya.
3 - Dapatkan pertolongan dengan segera.
4 - Periksa rongga pernafasan.
- Kepala bayi dalam keadaan neutral dan selaras dengan badan.
- Lihat di dalam mulut sekiranya terdapat bendasing yang boleh dikeluarkan.
- Jangan jolok mulut dengan jari.
5 - Periksa samada bayi bernafas dengan meletakkan muka anda berhampiran muka bayi.
- Lihat pergerakan dada.
- Dengar bunyi pernafasan.
- Rasakan pergerakan udara pada muka anda.
- Periksa selama 10 saat.
6 - Sekiranya bayi bernafas sendiri, ngiringkan dia dan periksa pernafasan dari masa ke semasa.
7 - Sekiranya bayi TIDAK bernafas, beri bantuan pernafasan mulut ke mulut untuk 5 kali.
- Pegang dagu bayi dan letakkan mulut anda menutupi hidung dan mulut bayi.
- Tarik nafas dan tiup ke dalam mulut bayi, pastikan dada bayi naik.
- Alihkan mulut anda dan lihat dada bayi turun.
8 - Periksa samada bayi mempunyai tanda-tanda hidup untuk 10 saat.
- Sebarang pergerakan.
- Batuk/ menangis diikuti dengan bernafas sendiri.
9 - Mulakan tekanan dada kalau tiada tanda-tanda hidup.
- Tekan pada garisan antara puting buah dada, 1 jari ke bawah di bahagian tengah dada dengan 2 jari.
- Tekan pada tengah dada sedalam 1/3 kedalaman dada.
- Selepas 15 kali tekanan dada, beri 2 pernafasan mulut ke mulut.
10 - Lakukan CPR selama 1 minit (5 pusingan tekanan dada dan pernafasan mulut ke mulut) sebelum berhenti untuk mendapatkan bantuan.
11 - Sambung CPR sehingga
- Bayi menunjukkan tanda-tanda hidup.
- Bantuan/ paramedik tiba
- Anda penat
Sumber ~ Jabatan Pediatrik Hospital Segamat
15 Ulasan
thanks sharing info mar..
BalasPadamnice info .....
BalasPadampenah ade kes ... anak opismate .... mungkin xde ilmu cpr utk bayi .....
organ dlman baby tu pecah sbb parent die buat cpr sbb anak die tak bernyawa waktu awal pgi ...
Sangat beguna ni Mar
BalasPadamYg penting jgn panik bila ia sangat diperlukan.
semua perlu ambil tahu tentang perkara ini..
BalasPadamBayi masih kecik, risau kalau terkuat tekan..tapi utk nafas mulut ke mulut ok sikit..
BalasPadamgreat sharing
BalasPadambagus ni dijadikan pengetahun kite.... sebagai langkah jaga2...
BalasPadamhi mar..sihat ke
BalasPadamdah bape hari tu
baby cam mn..
peluk cium bb syurga tu taw taw taw hehe
nice sharing..boleh dijadikan panduan
BalasPadamBagus untuk tambah maklumat. Terima kasih akak.
BalasPadamPerkongsian yang berguna. Terima kasih kongsi info ini.
BalasPadamBoleh buat macam ni bila perlu nanti. Terima kasih info yang berguna.
BalasPadamassalam.. lama aiza tak singgah sini.. perkongsian yang bermanfaat..
BalasPadamGreat sharing. Kita perlu tahu basic pertolongan cemas begini.
BalasPadamGoda info sis blh d jadikan panduan ni
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.