Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Hatiku Sayu


Selama 3 tahun 4 bulan, aku tak pernah berjauhan dengan dia. Memang tak pernah sebab kerja aku di pejabat tidak memerlukan aku outstation. Tidak memerlukan aku berkursus jauh-jauh.

Pertama kali aku berjauhan dengan dia selama 3 hari. Di waktu aku sedang sibuk melayan si adik. Dia meraung mahu mengikut ayahnya pulang ke JB. Umur sebesarnya sudah tidak dapat untuk ditipu. Berkepitlah dia dengan ayahnya, tidak mahu lepas.

Akhirnya, aku melepaskan dia bersama ayahnya selama 3 hari. Suamiku pulang ke kampung hujung minggu, mahu pulang ke JB petang semalam. Sebolehnya, dia mahu ikut. Raya haji nanti, in sha Allah mereka akan pulang.

Meleleh airmataku saat dia melambaiku tadi. Aduii..sayu hati. Fuhh...baru 3 jam tak nampak bayang aku dah tak keruan, ini kan 3 hari. Lagi sayu bila nampak mainan dia di rumah emak ni.

Cepatlah masa berlalu. Aku rindukan dia.


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Sabar ye.ada dekat mak kelam kabut, bila xde rasa kosong teramat kn.

    BalasPadam
  2. Allolo sis jgn sedih2.. Lagi jauh lagi rindu insyaAllah anak pun boleh belajar berdikari..=)

    BalasPadam
  3. rindu anak ye ... biasa la tu ....

    BalasPadam
  4. Sabar ye..saya dulu almost 10 months kena tgglkn che mek dkt MIL..every week gagah drive ikut ganu blk kb lps keje hari jumaat..ahad dh blk kl smula..huhu

    BalasPadam
  5. Nampak itulah penangan rindu pada anak tak boleh nak tahan airmata dari luruh..

    BalasPadam
  6. gitulah kita seorang ibu..bukan saja yg kecik..yg besar pun kita rindu..sesekali teringat anak yg jauh..rasa sayu..sabar ya Mar..

    BalasPadam
  7. lahai, kesiannya mar
    sabarlah ye
    saya pun tak penah berpisah dengan anak2
    masa kena time ambil radioaktif dulu, memang seksa jiwa dan raga

    BalasPadam
  8. Alahai....emosi org dlm pantang mmg mudah terusik Mar, cepat betul sayunya. Tp kalau pompuan yg mmg jenis cembeng, utk pengerahuan Mar, Okje pun jeni cenggitu hihi...mmg boleh jatuh air mata dibuatnya. Tp zaman sekarang ni senang, Skppe kan ada

    BalasPadam
  9. Walaupun Lya blm begelai ibu..Lya fhm juga mcm mna pasaan sis ..bejauh dgn ank

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code