Pejam celik sudah sebulan aku di kampung. Bila tidak bekerja dan dalam tempoh berpantang, terasa masa lambat berlalu. Hari pun kadang-kadang tak ingat.
Yang syok tu, hari-hari layan drama bersiri di tv. Waris kasih, memcintaimu, memori cinta suraya, emm apa lagi ye. Kadang tu, drama ulang tayang, baru dapat aku layan. Kalau bekerja, mana lah dapat nak tengok drama-drama meleleh airmata macam ni.
Nak dijadikan cerita, saat berbual mesra bersama emak dan abah, terkeluarlah bermacam-macam cerita.
Kisah 1
Abah kata, ayam kampung yang dibela belakang rumah makin berkurang. Dari kecil dibela, diberi makan dedak jagung setiap hari, bila dah besar bayang tak nampak.
Sesiapa yang pernah bela ayam mesti tahu perangai ayam yang tidak mahu tidur di reban bila sudah besar. Tapi, masa makan, pandai pula ayam-ayam ni balik. Ayam-ayam ni tidur di pokok-pokok di belakang rumah kami, belakang rumah jiran.
Aku rasa kisah ni agak lawak dan baru aku sedar akan kewujudan manusia macam mereka ni. Jiran akulah, selamba je tangkap ayam-ayam yang tengah syok tidur kat pokok tu. Tiap malam suluh pokok belakang rumah dia tu dan tangkap ayam.
Ayam-ayam tu bukanlah ayam abah aku seorang. Ada ayam jiran kami yang lain. Tapi, yang pasti takde seekor pun ayam jiran kami yang gigih menangkap ayam tu.
Bukan main gigih dia tangkap ayam-ayam tu di malam hari semata-mata untuk dikumpul untuk dijadikan lauk makan tengahari untuk orang blok rewang. Kita dapat bezakan ayam kampung dengan ayam jual kat kedai tu kan. Emak dan abah tidak makan ketika dipelawa.
Kalau korang, korang nak makan ke bila tuan rumah cakap, ayam tu "ayam tangkap belakang rumah. Tak bertuan".
Kalau kat hutan, kat kebun kelapa sawit tu ke, boleh la cakap ayam tak bertuan. Ini belakang rumah kot. Rumah felda lagi. Padahal sendiri ada mata nampak jiran-jiran ada bela ayam.
Jiran kami yang ada membela ayam pun ada menyuarakan kemusykilan akan kekurangan dan kehilangan ayam mereka.
Yang pasti, aku amat pelik akan spesis seperti mereka ni.
Kisah 2
Kisah kedua yang membuatkan aku tergelak juga. Sekali lagi perangai pelik mereka terserlah.
Di kebun kelapa sawit abah ada tanam pokok kuini. Kebetulan, abah tidak turun ke kebun ketika buahnya sedang berbuah lebat sebab abah dan emak pergi memgerjakan umrah.
Satu hari, kebetulan emak sedang menyapu di halaman rumah, terlihat longgokan buah kuini yang baik bentuk rupanya di pangkin rumah jiran kami. Jiran kami itu pula kebetulan ada beristirehat di situ.
Emak : Mana dapat buah kuini tu? Molek-molek.
Jiran : Kat kebun Kak M. Si Y amik haritu, banyak. Bagi kat sini sikit.
Emak : Ha?
Jiran : Abang M tak tengok ke pokok kuini tu. Lebat buahnya.
Erkkkk.. ko rasa?? Yang kelakar ni, sudahlah petik buah orang tak minta izin, makan dengan selamba. Lagi best, siap bagi-bagi kat orang lain pula tu.
Haihhh.. pelik kan..
Nota Kaki : Bukan hanya HAGEMARU yang berperangai pelik..huhu..
13 Ulasan
assalam
BalasPadamselamat berpantang.
lumrah manusia.yg bukan hak dikata yang hak.
Ini ambil cerita dari Hagemaru agaknya.
BalasPadamSusah juga bila ada jiran macam ni.
BalasPadamMungkin kena tanya dia betul-betul. Kat mana dia dapat ayam dan buah tersebut.
BalasPadamAyam tangkap kat pokok belakang rumah.
PadamBuah kuini petik kat kebun abah saya.
Sekian.
Selamat berpantang sis.. lama tak kesini dh byk yg tertinggal story..
BalasPadamkt kampung kadang pelik sikit.. ada jiran yg baik sgt,,ada plak yg pelik... huhu
Huhu best duk kampung.. Selamat Berpantang sis..=)
BalasPadammudahnya amik hak org tanpa rasa berdosa ye mar..
BalasPadambila sendiri berpantang mcm tu lah... terasa lama kan..
hahahah mmg kelakar giler jiran2 uols tu
BalasPadamsuka suka hati je wat harta haiwan buah sendiri
one day kena gak nasihat kan diorg tu
nti naik lemak pulak
Huhuhu ... Memang ramai manusia perangai pelik2 skrang nie ...
BalasPadamhihi kisah jiran sekampung ya mar..macam tu lah,nak tegur salah tak tegur kempunan lah kan :) semoga mar dah sihat2 hendaknya ye :)
BalasPadamhaishh ada juga yg begini ye.
BalasPadamkalau saya comfirmlah x mkn
selamat brpantang
Crita ayam tidur kat pokok tu cmala mcm ayam mak Lya d kg..degil x maw tdur d reban
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.