Dia sangat gembira bila melihat gambar aku mengendong bayi. Dia cakap, ibu sakit. Lebih teruja bila dapat menjemput aku di hospital. Lama dia tunggu aku di bawah dengan ditemani nenek.

Bila aku turun, macam-macam dia ceritakan. Dia cakap, perut aku dah kempis.


Aisyah : Ibu ada baby? Mana dapat? Perut ibu dah kempis?


Kata-katanya buat aku tergelak. Aku sekadar mengangguk. Aku masih letih tetapi aku kuatkan diri melayannya. Dia cium adik tanda kasih.


Sampai di rumah, perhatian kepadanya kian berkurang. Aku yang dalam sesi berpantang, tentu saja tidak boleh melakukan aktiviti yang diajaknya. Tumpuan aku lebih kepada bayi yang baru lahir. Dan bayi baru lahir pasti saja meminta susu selang 1 jam.

Lama-kelamaan, dia merajuk. Terasa hati bila segala yang diminta terpaksa ditangguhkan.


Aisyah : Ibu, saya nak susu..
Ibu : Kejap ye. Nanti ayah buatkan.


Bila layanan yang dia terima tidak seperti sebelum ini, dia merajuk. Menangis hiba hingga sukar untuk berhenti. Aku faham perasaannya. Hari pertama aku pulang, semalaman dia menangis.

Tapi, sehari demi sehari dia lalui, dia seolah lali. Dia faham aku ada baby. Bila aku berpantang di kampung, maka berjauhan lah dia dari ayahnya. Maka, menumpang kasihlah dia dengan atuk dan nenek.