Viral paling hot di kalangan para ibu dan membuat saya terkesan.
Saat paling indah bila si kecil yang dikandung selama 9 bulan 1 hari selamat dilahirkan. Bertambah indah bila si kecil mula menghisap susu badan ibunya. Satu momen yang cukup indah bila bayi kenyang dengan menghisap susu ibunya.
Saya lalui momen itu. Waktu itu, Ya Allah, bahagianya saya. Gembiranya hati ini kerana dapat menyusukan bayi sendiri. Tiap kali bayi menangis minta susu, saya terus angkat dan meribanya. Bagi susu badan. Bersyukur sangat dapat menyusukan anak ke-2 ini. Anak pertama dahulu, susu ada tapi ntah kenapa kering.
Oleh kerana anak pertama saya gagal menyusukan anak, saya sudah nekad untuk menyusukan bayi ke-2 saya dengan susu badan. Saya yakin, saya boleh. Doa tidak pernah putus.
Pam sudah dibeli. Stanby susu formula? Tidak sama sekali. Saya tahu saya boleh.
10 hari pertama ketika berpantang adalah saat yang indah buat saya. Susu saya mampu mengenyangkan bayi saya. TAPI,dia kerap bangun dan menangis, mulalah kedengaran suara sumbang, saya takde susu!
Saya memang marah. Sakit hati mendengarnya. Saya sabarkan hati dan tetap yakin, air susu saya cukup untuk dia. Perut dia kecil sebab tu dia bangun setiap 30 minit menyusu. Dia berak, kencing. Memang yakin dia kenyang.
Saya hanya mampu berkata, "Janganlah cakap takde susu. Cakaplah susu cukup untuk adik" Kemudian, saya rasa nak nangis.
Keadaan bertambah buruk bila emak dan abah saya pulang ke kampung dalam 2 hari. Ada hal sikit. Saya baru bersalin 4 hari, badan lemah lagi. Bila emak takde, saya rasa susah. Dengan kakak yang tengah nakal. Adik pula perlu berulang alik ke klinik sebab ada kuning. Kalau tidak kerana ada temujanji adik di HSA, dah lama saya balik kampung.
Bila emak takde, saya menangis juga. Makan saya entah ke mana, nak mandi pun, jerang air sendiri. Tengahari baru dapat mandi. En suami pula ada urusan adiknya mahu kahwin. Cari kadi lah apalah. Waktu itu rasa nak marah je dengan semua orang dalam rumah yang tak membantu tapi semak dalam rumah saya. Marah juga pada orang yang sibuk minta bantuan en suami sedangkan saya lebih memerlukan bantuan.
Orang kata, waktu berpantang memang banyak cabarannya. Saya sabarkan hati. Positifkan minda demi anak. Bila bacaan kuning adik kembali naik, saya dikecam lagi. Takde susu! Dek kerana marah, saya beli susu formula untuk adik. Mamex cherish sepertimana yang Cik Aisyah minum dulu. 400gm, RM44.50. Nah!!
Tapi, bf tetap saya teruskan. Kalau bancuh susu formula, tidak berusik. Saya gembira sebab mampu menyakinkan mereka.
Selepas 8 hari di rumah sendiri, kuning adik tidak juga turun, saya pulang ke kampung bersama emak abah. Kuning adik turun dari sehari ke sehari.
Lepas kuning adik baik, makoihhh kuat betul dia minum susu. Tapi, saya yakin saya boleh. Ya, susu saya cukup. Bermulalah kajian pemakanan saya lakukan agar susu terus mencukupi untuk adik. Hari-hari menu saya mesti makanan yang membantu membanyakkan susu badan.
Tapi, bila Allah sudah tentukan itu sahaja rezeki untuk adik, saya hanya mampu tawakal. Hinggalah satu masa, adik terus tak mahu df. Miss b saya diluahnya, tak mahu hisap. Ohhhh anak...
Saya tetap pam. Walaupun hasiknya tidak mampu mengenyangkan adik walau untuk sekali dia minum, tapi saya tetap terus pam mengikut jadual.
Ya, saya akui saya rasa sikit kecewa dengan hasil pam saya. Tapi, saya masih lagi berusaha. Sebelum saya naik kerja minggu depan.
Produk milkbooster yang ada jual di pasaran juga saya ada beli. Lepas habis 1 jenama, saya cuba jenama lain pula. Berurut, pun dah buat. Pendek kata, segala petua yang orang kongsikan saya dah cuba.
Ada terbaca di satu page FB, komen seorang ahli yang membuatkan jiwa saya sayu,, menyampah.
"Susu ibu mudah dihadam. Susu formula lambat hadam sebab tu baby tidur je. Baby penat. Kesian kat baby"
Nota Kaki : Nanti sambung lagi..
19 Ulasan
Memang banyak cabaran bila anak baru lahir. Sepatutnya orang luar kena bagi support juga.
BalasPadamBetul tu akak. Waktu baru-baru berpantang memang minda kena kuat dan sentias fikir positif. Ujian memang banyak. Kasihan kat baby bila baca kisah tersebut.
BalasPadamSepatutnya ibu2 yg susu badan melimpah ruah rasa bersyukur..Bkn kondem ibu2 yg rezeki susu badannya takat itu aje..kadang2 ibu2 yg fully BF ni mcm berlagak. Sekali Allah swt bagi ujian baru tau.. Saya pun kadang2 geram dgn statement ibu2 fully BF yg x pandai jaga hati ibu2 yg mcm kita nih..Eh...Emo pulak...Haha
BalasPadamDugaan masa nak susukan anak memang banyak. Alhamdulillah akhirnya akak berjaya juga walaupun ada suara macam-macam. Sebab tu biasanya ada orang tua yang datang jaga masa anak mereka berpantang. Bagi semangat unutk ibu.
BalasPadamAlhamdulillah akak pun sama, saat yg paling indah walaupun menyusu tak lama..6 bulan je kot sbb susu tak byk..tapi sempat juga merasa sbb itu lah pengalaman pertama & terakhir ...really miss that moment :)
BalasPadam6 bulan pun dah kira lama..
Padambanyak dugaan n cabaran kan
BalasPadamBukan mudah nak BF sebenarnya. Jiwa kena kental. Hati kena kuat. Semangat kena tinggi. Tapi rezeki semua datang dariNYA. Kita hanya usaha. Good luck Mar. Teruskan usaha. Kalau terpaksa campur FM pon tak per. At least anak masih dapat khasiat susu ibu. Abaikan mulut2 orang yang mengata. Sebab saya pon pernah lalui benda yang sama masa pantang anak pertama dulu.
BalasPadamApa pun kakak salute dgn Mar yg cekal dan kuat mengharungi semuanya..
BalasPadamakak pun pernah lalui benda yang sama mar...all the best...moga Allah swt permudahkan urusan mar...kena kuat utk bby..
BalasPadambiasa la tu ..mulut org kita bukan boleh kawal...minda dan mental kita la kena kuat ....
BalasPadamtak sangka cabaran juga nak menyusu ni.. akak I pun I tgk, lepas je pantang selang2 bagi susu formula sampai anak 1 tahun..
BalasPadamLya x da lgi pglmn tu smua..klau d beri pluang memg nak sgt2..insyallah moga murah rezki Lya..org brpntng ni sensitif kan prlu byk prhatian
BalasPadamorang dalam pantang ni sangat fragile emosi dan fizikal dia..semua orang kena faham. tapi yang penting, diri sendiri kena kuat dan tabah kan?
BalasPadamat least kita merasa momen tu kan mar
BalasPadamxpelah kalau rezeki anak takat tu
as long kita dah buat yang termampu
kipidap dongibab
semua orang melaui fasa stress dalam pantang..org sekeliling memang kena mainkan peranan support..bab susu badan ni susah nak cakap..yg penting kita dah cuba sedaya upaya utk bf..yg jadi isunya ni klu saja2 tak nak bf anak..bg fm pastu dok kecam org yg bf anak..tak patt la camtu..semua org nk yg terbaik utk anak2 kan..
BalasPadammemang masa berpantang tu banyak "pantang" nya...yg dah lalui tu tau la...huhuhu...yg ni sakit..yg tu luka...baby pulak macam2 ragam.kejap nangis..kejap ok...yg kita ni emosi pun dah tak betul..huhu
BalasPadamtetiba terasa sedih plak sebab teringt diri sendiri
BalasPadamanak sulung hanya kuar susu masa hari ke lima
langsung tak kuar...terpaksa bagi susu formula walau dalam hati ada niat nak fully bf
anak kedua..doktor tak benarkan bf sebab masalah kesihatan saya
hancurnya hati tuhan aje yang tahu
mujur saya punyai keluarga yang sangat supportive
kadang mulut orang ni kita tak boleh tutup macam tutup mulut tempayan
sedih ekk tgk berita tu.
BalasPadamsampai gitu sekali.
bagi aida, rezeki anak-anak.
memang ada. kena usaha lebih skit la :)
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.