Assalamualaikum

Review : BreastPump Lacte Duet | Breastpump ni saya beli dah lama dah. Ketika usia kandungan mencecah 4 bulan kalau tak silap. Awal-awal sejak tahu diri mengandung memang saya dah pasang niat untuk memberikan susu badan sepenuhnya. Maka, tekad beli breast pump ni sebagai motivasi diri.


KELEBIHAN LACTE DUET ELECTRIC BREASTPUMP


  • Ada 2 motor kanan & kiri, jadi tak perlu tanggal tiub kalau nak buat single pumping. Then kalau 1 motor rosak masih boleh berfungsi lagi 1 motor.
  • Boleh di kawal secara individu samada kiri atau kanan atau berduet.
  • Sesuai untuk kegunaan di rumah atau di pejabat
  • Ada SKRIN untuk menunjukkan TIMER dan suction LEVEL.
  • Ringan & mudah dibawa ke mana sahaja.
  • Bunyi SENYAP. Tak ganggu rakan ofis semasa kita mengepam.
  • Ada SILICON shield yg lembut pada corong pam.
  • Dilengkapi dengan 2-PHASE expression. Ada stimulate dan express mode.
  • Unique soft breast shield design menambah keselesaan ibu & membantu stimulation.
  • Parts sikit je, so senang nak basuh ~ Tak kot
  • 9 Level sedutan yg POWER untuk keselesaan ibu dan mengikut pattern mimik bayi.
  • Anti-Back Flow
  •  Ada wide neck ~ Boleh guna standard botol.

Saya beli di Baby fair Danga City Mall JB. Dapat murah sikit dari harga pasaran. Beli set pam ni dapat free gift 4 botol Bumble Bee, 2 reusable ice pack, USB cable dan beg bekal susu. 

Memang ramai yang berpuas hati menggunakan Lacte Duet sebab dia soft sangat-sangat. Tak rasa pun suction. Tak sakit. Cuma pada saya, part dia agak banyak dan corong mudah tanggal. Ke saya je rasa macam ni. Hehe..




Tapi,,

Untuk pengetahun semua, saya dah letgo breastpump saya ni. Sebab??

Jiwa sudah mula down sebab susu sama je sikitnya. Tengoklah tu, negative thinking.

Breastpump dah selamat sampai pada buyer pun.

Saya ceritakan nanti ye...

Panjang ceritanya..






Nota Kaki : Jangan kecam saya...~ kerap benar baca kat wall fb, sesapa yang post mesti ada ayat nih,,,nape eh???