Assalamualaikum


Nak kurus, nak kurus, nak kurus! Nak kempiskan perut! Itulah bisikan hati aku saban hari bila melihat imbasan diri sendiri di dalam cermin solek.

Tapi, selera makan tu tak hengat, semua benda nak telan. Dulu, aku ambil ESP Shaklee setiap hari. Sedap, memang kenyang je rasa pagi-pagi. So, breakfast memang tak makan berat. Lunch nasi separuh.

Aku ni jenis cepat bosan. Nak tukar-tukar selera kan. Lagi-lagi kalau ambil supplemen tak digalakkan minum minuman berkafein. Rugilah kan ambil supplemen mahal-mahal tapi kurang serapan sebab minum kafein.

Sejak anak dua ni rajin benar bancuh nescafe. Tu yang stop ambil supplemen dulu. Kadang-kadang minum mineral cafe. Kadang-kadang minum Old Town Hazelnut. Kadang-kadang minum Milo. Kadang-kadang minum Horlicks. Kadang-kadang minum Tamar Coco. Tengok tu, punyalah pelbagai citarasa tekak aku ni.

Hari tu beli barang sikit kat Mydin, nampak pula Per'l Xlim keluaran Power Root. Ada dua perisa, coffee dan coklet. Kalau ambil dua pek, dapat 1 pek percuma. Tapi, aku amik 1 pek je, perisa coklet. 1 pek ada 15 sachets. Ala, sikit nauu..


Aku suka hot chocolate. Sedap minum panas-panas. Padahal tak suka makan coklet. So, tiap kali bancuh, memang aku buat panas-panas. Minum panas-panas. Uihh..nikmatnya.

Tengoklah nanti, aku boleh kurus ke tak lepas minum Per'l Xlim ni.