Assalamualaikum


Pentingkah sos-sos ni pada korang? Bagi saya, ia memang penting. Sebab ada masakan tertentu saya suka letak sos. Cepat dan sedap.

Sos untuk masakan lain. Sos untuk cicah-cicah lain. Biasanya untuk masakan, saya beli jenama tesco je. Tak pun, bumi hijau. Dah takde pilihan baru pilih jalen sebab jalen mahal sikit. Untuk cicah-cicah nugget biasa beli jenama Kimball atau Life je. Sos lain tak mau.


Biasa sos ni saya letak sebagai bahan menyedap rasa. Untuk goreng mi khususnya. Black pepper sauce pula biasa saya suka letak 2, 3 sudu dalam ayam masak kicap saya. Tumis lada kisar, bawang merah, bawang putih, halia ketuk sampai pecah minyak, reneh lama sikit. Lepas tu bubuh kicap cap kipas udang. Takyah dah letak kicap pekat, letak sos black pepper je dah umpp..

Nak cerita pasal kicap pekat tamin tu. Hari tu saya nak masak, buka penutupnya macam biasa. Sekali dia membuak-buak keluar macam lava gunung berapi. Berbuih. Non-stop. Terus takut nak pakai walaupun expired date lama lagi, disember 2017. Kenapa ye?

Sos plum tu pula saja beli sebab terpengaruh dengan hainomOkje. Dia ada kongsi resepi ikan stim sos plum. Nak bagitau ni, dalam peti ais ada sekor lagi ikan siakap. Kot la kan terrrajin nak masak ikan siakap stim sos plum.


Ini pula sos wajib ada dalam rumah. Kalau masak sambal ke sambal tumis ke memang akan letak sikit. Memang sedap hasil masakan.

Korang pula macamana? Suka ke bubuh sos-sos dalam masakan korang?