Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Progress Rumah Flat 3 - Selesai

Assalamualaikum

Progress Rumah Flat 3 - Selesai | Orang kata kalau ada duit tu senang cerita, serba serbi terus berdezup buat. Sekali jalan. Memandangkan kami ni bukan banyak duit macam orang lain, maka berdikit-dikitlah kami menyiapkan rumah sewa kami untuk penyewa.

Sendiri dah rasa macamana duduk rumah sewa, macamana baru masuk rumah baru yang kosong. Sebab itu kami cuba juga siapkan apa yang perlu di rumah sewa kami. Untung sungguh mereka yang dapat sewa rumah saya ni.




Penyewa sudah ada, sudah datang tengok rumah dan sudah deal. Lega sangat bila sudah selesai. Macam sendiri pula yang nak pindah kan. Grill sudah pasang, tikar getah sudah siap dibentang. Langsir pun kami pasangkan. Tujuan pasang langsir tu sebab tak mahu orang nampak apa yang ada dalam rumah.


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. seronoknya mar.. kite kalau boleh nak beri yg terbaik utk penyewa kan.. taknak la kemudian hari ada masalah nnt..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mar...bagusnya dpt tuan rumah yg baik mcm mar ni kn...berutungnya penyewa tu...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  3. wahhh cantik la. bertuah betul la penyewa rumah ni

    BalasPadam
  4. bagus sungguh tuan rumah ni.. tetiba teringat tuan rumah masa awa dok menyewa dulu.. 2minggu sekali mesti dia akan datang potong rumput supaya anak2 Awa boleh main ngan mudah di halaman

    BalasPadam
  5. Wow, hehe..dah ada penyewa, Nona tak mahu sewakan lg da.hehe

    BalasPadam
  6. jimat la sebab dalam bidang suami. Kalau upah org, tinggi jugak cajnya tu. Untuk upah tukar/pasang lampu kipas yg point dh ada tu ja pon dah berapa dah. Tambah pula buat pendawaian semula satu unit tu, total sekarang 3lebih kena tambah lagi 2 pa. Bergantung atas bilangan point la.

    BalasPadam
  7. Pemilik Yang perihatin Mcm Ni Sekarang Ni Betul2 Rare, Susah Betul Nak Jumpa, Selalu Dok Jumpa Yang Penyewa Komplain Masalah2, Penyewa Buat Tolak Sewa Bulanan Ja, Satu Lagi Pemilik Yg Agak Rare Ni, Penyewa Complain Dia Buat Xendah Ja, Sendiri Buat Sendiri Tanggung, Payment Tetap Xberganjak... Sedangkan Rumah Tu Dia Yg Punya.
    Tulah, Manusia Ni Kan Berbagai. 🤣Mudah2han, Allah Murahkan Rezeki Akak Dan Suami. Dengan Cara Akak dan Suami Sediakan kelengkapan ni si oenyewa Pon xda nak pening-pening dah nak kena buat itu ini takut pemilik xnk tanggung kos. Ini dh lengkap Kalau harga agak keras daripada harga sewa disekitar situ pon, memang berbaloi dah. Psl payment lambat bayar, mcm saya pemilik pon, Ada budi bicara tu, setidaknya lagi 3@2 hari sebelum tarikh bulan tu ekonomi merosot ka, claim lambat masuk ka apa2 masalah pon info ja. Senyap yg masalah tu. Selalunya Duit Payment Untuk Rumah sewa Ni bagi saya la, Anggap Mcm Side Income Ja, kalau yg terlalu cerewet sampai delay 3,4 hari pon nak canang sana sini tu entah la, mungkin pemilik tu tengah buat terowong bawah rumah dia tembus terus kemekah la kot. Duit nak pakai xberhenti sat.. 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah. penyewa pun duduk lama. dengan keadaan sekarang ni kita perlu sama-sama bertolak ansur. moga urusan kita dipermudahkan.

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code