Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Pes Ikan Bakar Sedap

Assalamualaikum

Resepi Pes Ikan Bakar Sedap | Cuti hari tu pengasuh anak-anak telefon, kalau nak ikan, boleh ambil kat rumah dia. Dah orang nak bagi kan, laju jelah. Syukur alhamdulillah. Dapat ikan fresh.

Biasanya, bila dapat ikan tu saya bakar dengan pes rekaan saya sebab ikan tu tawar rasanya.

Resepi Pes Ikan Bakar Sedap

Bahan-bahan :
- Ikan ~ dibersihkan
- Lada kering kisar
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Halia*
- Serai* ~ dipotong halus
- Serbuk kari
- Sos tiram
- Kicap
- Pes tomyam
- Garam
- Gula
- Minyak untuk menumis

Cara-cara:
- Kisar yang bertanda*


- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.



- Bila lada sudah garing, masukkan rempah kari, sos tiram, kicap dan pes tomyam.
- Masak seperti masak sambal.
- Agak-agak hampir kering, perasakan dengan garam dan gula.
- Bila pes sudah suam-suam/ sejuk bolehlah lumur pada ikan dan bakar.


 Boleh juga cuba resepi Ikan Bakar Mudah & Sedap ni. Pun sedap.

Kenapa saya suka tambah pes tomyam? Sebab rasa masam-masam dia tu membangkitkan selera. Tidak perlu perah limau kasturi dah.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Sedapnya Mar..
    Boleh akak cuba resepi Mar ni..
    Dapat ikan fresh lagi sedap manis kan..

    BalasPadam
  2. Seriuosly pakai pes tomyam?Wahhh..Boleh cuba weekend ni kalo sempat..huhu

    BalasPadam
  3. wow pakai pes tomyam. Nak try la nanti sebab sebelum ni guna cili, halia, serai dengan bawang je

    BalasPadam
  4. Selamat pagi isnin dari Mama

    Salam blog walking sis Mar

    Apa khabar pagi ni

    Jemput singgah ya

    Serba merah pes ikan bakar ni

    Nampak sedap

    Mesti pedas ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code