Assalamualaikum

Putih Mulus Dengan Jamu Jelita | Tidaklah saya ni nak putih mulu gebu gebas sangat. Cukuplah seadanya. Niat asal cuba produk ni sebab nak awet muda. Alang-alang Jamu Jelita Pearl White ni merupakan rahsia awet muda dan pencerahan menyeluruh, kita cuba jelah.


Kenapa saya pilih produk Jamu Jelita? Sebab produk-produknya tidaklah mahal berbanding produk lain. Ianya mampu milik. 1 jar ni seberat 400gm. Harganya hanya RM38.90. Dapat pula percuma shaker comel berpenutup pink. Memandangkan saya tidaklah mahu tergesa-gesa untuk mendapatkan kesannya, saya hanya sekali sehari sebelum sarapan.

1 skop dibancuh dengan 150ml air masak. Mudah sangat. Rasanya pula sedap, seakan ribena. Dengan 1 skop, terkandung banyak kebaikan dan khasiatnya. Percaya tak, 1 jar ni boleh digunakan selama 3 minggu. Lama kan?

Saya sudah consume 3 minggu. Bermakna, 1 jar ni sudah habis pun. Niat di hati memang nak teruskan consume. Sangat berbaloi.